Samsung Galaxy Fold Kini Rasmi Di Malaysia – Pra Tempahan Bermula Dari 9 Oktober Pada harga RM8388!

409
- Iklan -

Bagi peminat peranti daripada Samsung, ini ada satu berita mengejutkan apabila anda kini boleh melakukan pra tempahan bagi peranti Samsung Galaxy Fold bermula dari 9 Oktober ini pada harga RM8388.

Peranti ini pastinya sangat unik kerana ia boleh dilipat. Justeru tidak hairanlah ia dihadirkan dihadirkan dengan skrin yang menakjubkan. Bagi skrin utama, ia tampil dengan 7.3″ QXGA Dynamic AMOLED Display Infinity Flex Display dan 4.6″ HD+ Super AMOLED Display bagi cover display.

Hadir dengan sistem operasi Android 9 pie dan hadir dengan aspek memori yang sangat besar iaitu 12GB RAM dan storan sebesar 512GB (UFS3.0). Menariknya, ia dihadirkan dengan 7nm 64-bit Octa Core Processor.

Bagi aspek kamera ia sesuatu yang unik. Ia tampil dengan 3 kamera di bahagian belakang iaitu 16MP + 12MP + 12MP dan kamera hadapan pula tampil dengan 2 kamera iaitu 10MP + 8MP. Bagi cover camera pula, ia tampil dengan 10MP.

Bateri juga sangat baik apabila ia dihadirkan dengan 4380mAh dual battery dan disokong oleh pengecasan pantas QC2.0. Kini anda tiada lagi masalah bateri cepat habis dan lambat untuk di cas. Ia juga turut menyokong Wireless Power Share.

Jadi, apa tunggu lagi, bagi yang berminat boleh melakukan pratempahan bermula dari 9 Oktober ini dengan klik di sini.

Beli Peranti Samsung Di Sini:

_______________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here