Samsung Galaxy Fold Bakal Ditawarkan Untuk Pasaran Tempatan!!!

262
- Iklan -

Samsung Galaxy Fold pernah menjadi topik hangat ramai netizen bukan sahaja di luar negara bahkan juga di Malaysia. Pelbagai cerita kurang enak yang melingkarinya – terutama berkaitan panel paparan. Pun begitu, Samsung telah pun melakukan penambahbaikan baru dengan sokongan multitasking lebih hebat dan akhirnya diperkenalkan secara rasmi.

Menambah keriangan, Samsung Malaysia kini memaklumkan bahawa peranti tersebut juga bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan. Wah! Cukup menarik bukan? Pun begitu, Samsung masih berteka-teki mengenai harga tarikh pelancaran rasmi untuk model tersebut. Kita mungkin bakal mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat. Jadi, kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

_______________________________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here