RydePool Diperkenal Di Malaysia – Aplikasi Perkongsian Kenderaan Mudahkan Pengguna

404
- Iklan -

Aplikasi mudah alih nombor satu di Singapura, RydePool kini telah dilancarkan ke Malaysia. RydePool diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ryde, Terence Zou pada tahun 2015 dengan matlamat menjadikan carpooling sebagai pilihan pengangkutan yang berdaya maju – mengurangkan kos perbelanjaan perjalanan penumpang, mewujudkan komuniti dan banyak lagi. RydePool membolehkan penumpang berkongsi pemandu kenderaan bersama orang lain.

Lebih menarik, tambang RydePool adalah berdasarkan pada model bukan keuntungan atau apa-apa bayaran komisen yang diterima oleh pemandu akan disimpan oleh mereka secara penuh. Terdapat sejumlah fungsi lain pada aplikasi ini termasuk –  RydePet dan banyak lagi. Kemudahan ini boleh digunakan di kawasan Lembah Klang bermula November kelak – bakal diperluaskan ke bandar-bandar lain di seluruh Malaysia seperti Johor, Pulau Pinang dan Melaka.

Ditanya adakah pemandu RydePool perlu memiliki lesen PSV untuk menggunakan aplikasi ini, Terence berkata, mereka tidak perlua memohon lesen tersebut. Untuk makluman aplikasi ini sudah boleh dimuat turun dan layari rasmi, Ryde untuk lebih info terkini. Muat turun aplikasi RydePool menerusi : App Store | Google Play.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here