- Iklan -

OPPO mengemas kini penawaran smartphone mereka untuk pasaran tempatan menerusi kemunculan satu lagi model di bawah siri Reno iaitu OPPO Reno2. Peranti ini boleh dikatakan sebagai pelengkap keluarga siri Reno – berfokuskan kepada kualiti kamera berkualiti tinggi. Tapi,apa agaknya titik tumpu (focal point) untuk model baru OPPO untuk kali ini? Check this out!

 

Kuasa 48MP Quad Camera

Kalau korang ni peminat setia siri Reno, maka bukan hal mengejutkan jika OPPO Reno2 dipasang dengan barisan kamera yang cukup padu. Kamera utama peranti ini dibekalkan dengan persediaan empat lensa – 48MP Sony IMX586 (utama) + 13MP (telephoto) + 8MP (Sudut Lebar) + 2MP (Mono).

Kesemua lensa ini dilihat berupaya berfungsi dengan cukup cemerlang – kualiti foto yang terhasil mirip seperti DSLR. Kamera utama 48MP berjaya menghasilkan gambar menakjubkan dengan perincian imej yang jelas serta kemasan menarik dari segi warna dan juga kontras. Jadi, tangkap apa sahaja imaginasi pada bila-bila masa yang diinginkan!

 

 

Lensa Dengan Fungsi & Ciri Menarik Yang Pelbagai

Mengambil gambar memang nampak senang, tapi korang kena tahu teknik yang betul dalam ‘menilik’ permandangan dan penghasilan gambar yang sempurna. Berbekalkan persediaan kamera yang baik, OPPO Reno2 diselitkan dengan pelbagai fungsi dan mod kamera tersesuai yang memainkan peranan penting dalam penghasilan penghasilan imej serta rakaman video yang jelas dalam pelbagai senario. Antaranya:

 

  • Ultra Steady Mode

Kalau korang suka merakam video, bersuka rialah dengan smartphone ini kerana ia diselitkan teknologi Ultra Steady Mode yang bantu meningkatkan kestabilan video sehingga ke tahap luar biasa – bahkan melakukan rakaman sambil berlari juga tiada masalah. Ia adalah kerana kestabilan tersebut ditanam dengan kombinasi teknologi penstabilan Electronic Image Stabilization (EIS) dan Optical Image Stabilization (OIS) – video yang dihasilkan memang terbaik tanpa mengira waktu siang mahupun malam. Lebih menarik, rakaman video pada OPPO Reno2 memiliki frame rate sehingga 60 fps – secara keseluruhan, hasilnya kelihatan jelas dan stabil tanpa gegaran yang tinggi sekaligus video terhasil kelihatan sangat lancar.

 

 

  • Bokeh Effect Video

Satu lagi titik fokus menarik pada OPPO Reno2 adalah ia boleh menangkap video dengan kesan bokeh secara langsung – fungsi ini dilihat berupaya menjalankan tugas dengan baik. Ia mempersembahkan kesan bokeh cukup sempurna bersama pewarnaan lebih semula jadi seakan-akan dunia nyata. Sejujurnya, fungsi pada OPPO Reno2 lebih menarik perhatian penulis – di mana hasil yang dipersembahkan lebih baik berbanding sejumlah peranti premium.

 

 

  • 20X Zoom Video

Seterusnya, OPPO Reno2 juga dibenamkan dengan fungsi 20x zoom video di mana mampu menghasilkan kualiti yang menakjubkan dengan kemasan imej yang stabil. Untuk nilai zoom daripada 1X hinggalah 20X, kualiti imej yang dipersembahkan terlihat bagus dan baik. Ia kelihatan tajam dan masih mampu mengekalkan sejumlah keperincian imej dengan baik – meskipun ketika di zoom. Keupayaan kamera ini hasrus dipuji! Berikut adalah set sample imej :

 

  • Ultra-Wide Mode

Lensa 8MP (Wide Angle) pada peranti ini juga sememangnya terbaik – di mana ia memperluaskan pandangan ke satu sudut luar biasa terutamanya untuk ketika merakam gambar permandangan. Melaluinya, pengguna boleh meluaskan perspektif sehingga 116 darjah dengan satu klik dan kualiti yang terhasil berada pada tahap kemasan yang terperinci. Imej yang diambil juga memperlihatkan gambar lebih lebih dengan kesan menakjubkan, tidak pecah dan tidak kabur.

 

  • Ultra Macro Mode

Menariknya lagi, mod sudut lebar pada OPPO Reno2 bukan sahaja membolehkan penangkapan luas, tetapi juga boleh digunakan untuk rakaman macro mode – tangkapan kanta hanya 2.5cm daripada subjek. Reno2 mempunyai macro mode yang boleh diaktifkan pada butang ultra-wide di bahagian atas skrin – seterusnya menggunakan sokongan kecerdasan buatan bagi menangkap fokus utama. Jika diteliti, ia berupaya berfungsi dengan baik bersama – kawasan tumpuan juga kelihatan hamper sempurna dengan butiran yang boleh dikategorikan cukup untuk persembahan yang menarik.

 

 

  • Ultra Night Mode 

OPPO Reno2 juga dibekalkan dengan mod malam yang sangat baik – di mana meningkatkan pencahayaan imej dan pelbagai dinamik dalam senario pencahayaan rendah. Peranti ini berjaya menghasilkan imej dengan butiran berkualiti tinggi. Lebih menarik, ia juga membuatka proses penangkapan sangat mudah walaupun secara handheld.

 

  • Ultra Dark Mode

OPPO Reno2 juga dibekalkan dengan fungsi Ultra Dark Mode – di mana berupaya melakukan tangkapan dalam keadaan pencahayaan rendah dengan butiran imej terbaik. Menariknya fungsi ini, ia berupaya mengambil butiran yang tidak dapat dilihat dengan ‘mata manusia’. Menariknya lagi, kamera ini juga dilengkapi teknologi AI Noise Reduction – bantu mencerahkan gambar dengan kesan hingar yang melampau. Secara keseluruhannya, imej terhasil kelihatan terbaik dan keupayaan kamera sangat padat dengan kelebihan di luar jangkauan akal.

 

 

Dolby Atmos + Audio Focus

OPPO Reno2 membawakan sokonga Dolby Atmos yang dipertingkatkan untuk kedalaman audio mudah alih di mana sahaja – membolehkan pengguna menimati bunyi terhebat sama ada menonton filem , mendengar lagu dan sebagainya. Di samping itu, ia juga dilengkapi ciri Audio Zoom – ciri di mana tertanam tiga mikrofon yang membolehkan pengguna menangkap bunyi audio penuh butiran lebih mendalam.  dipasangkan dengan pengalaman audio yang hebat.

 

Snapdragon 730G | 8GB RAM + 256GB ROM

OPPO Reno2 dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 730G dan dibantu GPU Adreno 619. Dengan cip ini, ia dilihat berjaya menjalankan pelbagai tugas dengan lancar – pengalaman menggunakan peranti ini terasa menarik. Snapdragon 730G dibina berasaskan binaan proses 7nm – menjadikan prestasinya dilihat lebih cekap. Dengan sokongan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB, proses menukar aplikasi dilihat tidak mengalami sebarang lag yang melampau.

Menariknya, OPPO Reno2 juga mampu menjalankan tugas dengan baik untuk penggunaan berat – bermain game secara berterusan juga tidak menyebabkan panas melampau. OPPO Reno2 menggunakan antaramuka ColorOS 6.1 berlandaskan Android 9 Pie – antaramuka ini mempersembahkan beberapa ciri yang lebih kemas bersama penawaran menarik termasuk pilihan penjimatan bateri. Persediaan wallpaper juga kelihatan menarik dengan susunan aplikasi yang kecil.

 

4,000mAh VOOC Flash Charge 3.0

OPPO Reno2 dibenamkan dengan kapasiti bateri yang besar – 4,000mAh. Menariknya lagi, bateri ini dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0 dengan pengisian 20W dari kotak. Pengecasan ini secara tidak langsung membawakan pengalaman pengisian lebih cepat berbanding teknplogi pengecasan biasa. Sepanjang penggunaa, kami mendapati peranti ini mampu bertahan sehingga dua hari untuk penggunaan biasa dan sehari suntuk dengan penggunaan berat.

 

Harga & Ketersediaan :

OPPO Reno2 ditawarkan pada harga RM2,299 (8GB+256GB) dan tersedia dalam dua warna menarik seperti Luminous Black & Sunset Pink. OPPO Reno2 bakal memulakan jualan pertamanya pada 26 Oktober 2019 bertempat di Sunway Pyramid.  Pelanggan yang telah membuat pra-tempahan dan mengambil peranti mereka pada hari jualan pertama layak untuk menyertai aktiviti cabutan bertuah – berpeluang bawa pulang seunit OPPO Reno2.

Pemenang akan diumumkan menerusi 3 sesi – 11 pagi, 12 tengah hari dan 1 petang. Lebih menarik, roadshow berkenaan turut diserikan dengan kedatangan selebriti terkenal, Eric Chou pada jam 3 petang.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here