- Iklan -

ASUS ROG Phone II memang tak dinafikan antara peranti gaming yang terbaik di pasaran pada ketika ini. Namun apa yang membuatkan ia sangat berkuasa!!! Jom kita bedah siasat peranti ini!!

Spesifikasi Ringkas

  • 6.59″ AMOLED Display
  • Qualcomm Snapdragon 855 Plus
  • Adreno 640
  • RAM: 12GB
  • Storan: 512GB
  • Kamera Utama: 48GB + 13GB
  • Kamera Hadapan: 24GB
  • 6000mAh (Quick Charge 4.0)
  • Matte Black, Black Glare

Rekaan Yang Futuristik

Secara zahirnya, ASUS ROG Phone II ini sangat cantik dan futuristik. Rekaan bahagian belalang membuatkan ia tampil skeskusif. Dipadankan dengan logo ROG yang bernyala di bahagian belakang buat anda excited!!! Tak percaya? Tengok la sendiri!

Paparan Yang Menggiurkan

Tiada siapa yang berani menidakkan bahawa paparan ini memang tip top giler. Tampil dengan skrin bersaiz 6.59″ AMOLED Display dan dipadankan dengan 120Hz pastinya menghasilkan hasial paparan gaming yang terbaik. Di tambang GPU yang berkuasa iaitu Adreno 640 membuatkan hasil grafik memang ‘on point’.

Perfomance Memang Padoks!!

Tak boleh nak cakap apa la, prestasi ROG Phone 2 ini memang berada pada tahap yang terbaik. Tampil dengan pemproses yang sangat berkuasa iaitu Snapdragon 855 Plus membuatkan ia sangat lancar tanpa lag. Dipadankan lagi dengan RAM yang sangat besar GILERRRR iaitu 12GB dan storan sebesar 512GB membuatkan ia berada pada tahap yang terbaik. Seriues memang puas wooo.

Jadi kami cuba test peranti ini menggunakan AnTuTu Benchmark dan Geekbench Mark untuk melihat prestasinya. Nyata ia memang terbaik. Berikut adalah hasil keputusan ujian tersebut:

AnTuTu BenchMark

Geekbench

Sistem Bunyi Memang On Point!

Kalau paparan power giler tapi sistem bunyi sendu pun tak best gak!! Tapi jangan risau sebab ROG Phone 2 ini hadir dengan Dual Front Facing Stereo with DTS: X Ultra. Memang Terbaik! Nak lagi best apabila ia dipadankan dengan dual smart ampilfier iaitu NXP 9874 smart amplifier yang terbaharu.

Sejuk Sampai Ke Dalam!!

Kalau dah performance tip top, paparan memang awesome, mesti nak main game lame. So kalau ptelefon cepat panas memang tak best langsung.e Tapi ROG Phone II ini tampil dengan sistem penyejukkan yang sangat sejuk. Ditambah dengah dengan Aero Active Cooler ini, memang tak nak cakap apalah, memang SUPERB Awesome!!! Senyap Pulak tu!

Bateri Raksasa Buat Anda Puas

Dah kalau telefon gaming, kalau kasi bateri kecil, sangatlah tak best!!! Tapi ASUS ROG Phone 2 ini hadir dengan 6000mAh!!! Memang tak terkata la. Terkesima!! Main game memang puas tanpa gangguan. Ia turut disertakan dengan Hyper Charge 30W dan Dipadankan dengan Quick Charge 4.0. Cas memang laju laa citer dier!!!

Kami try laa test cas telefon ini pada jam 11.36 malam iaitu pada 17%. Ia mencapai 100% pada jam 1.05 pagi. Mengambil masa hanya selama 1 jam 34 minit.

Kawalan Yang Giler Smooth

Kalau korang nak tau ROG Phone ini memang direka untuk menang kerana ia direka untuk kawalan yang memang senang, mudah dan tanpa lag. Nak lagi best, ia disertakan dengan AirTrigger II technology yang telah dipertingkat yang mengurangkan latency sebanyak 20ms. Air trigger skang ini bukan hanya boleh tap, tetapi boleh slide jugak. Jadi ikut keselesaan korang laa ya!!!

Fungsi WiFi Memang Stabil Giler!

Sekarang ini, game yang best banyak Online seperti PUBG< Mobile Legends, Call Of Duty dan sebagaidnya. Kalau telefon biasa biasanya adalah masalah gangguan sambungan. Tapi ASUS ROG ini korang tak payah risau sangat sebab ia hadir dengan 4 antenna memberikan WiFi yang maksima ketika telefon berada dalam Landscape mode. Nak lagi best, Game Ginie Software menghalang telefon anda bertukar secara sendiri dari WiFi dan 4G ketika bermain game!

 

ROG Armoury Crate dan Game Genie

Buat yang tak tahu tu, Armoury Crate ini adalah pusat kawalan bagi mempertingkatkan pengalaman gaming anda.  Jadi sangat senang sebab anda boleh melihat game yang sudah di download, menyusun auto luanch game profile, dan melakukan tetapan yang berkaitan.

Game Genie pun memang best sebab dia akan dilancarkan secara automatik apabila kaorang buka game tau! Lagi best sbeab ia akan halang sebarang notifikasi dan mesej, mengunci brightness, membuat tetapan AirTriggers dan macam-macam lagi!!!

 

Best Gaming!!!

Cakap banyak pun tak guna kan!! Ini bukti best giler main game pakai ASUS ROG Phone II ini. Comfirm buat korang terdiam la!

 

Kamera Terbaik Untuk Peranti Gaming!

Ini yang best jugak apabila ia dihadirkan kamera yang best gler!!! ASUS ROG Phone ini hadir dengan dwi kamera iaitu 48MP + 13MP bagi kamera utama dan 24MP bagi kamera hadapan. Perghh!!!!! Gambar telefon ini memang awesome! Lagi best bile ia disertakan dengan Sony IMX586 flagship sensor. Kalau tak percaya, tengok la sendiri hasil gambar!!!

 

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan, prestasi telefon ini tak dapat disangkal antara yang terbaik di pasaran ketika ini. Paparan yang Awesome, Bunyi yang tip top, kawalan yang terbaik, bateri yang gergasi membuatkan promance telefon ini paling ke hadapan. Berbaloi kalau anda kaki game nak beli telefon ini!!!!

harga Jualan:

  • ROG Phone 2 – Elite Version (512GB) – RM 3,499
  • ROG Phone 2 – Ultimate Version (1TB ) – RM 4,499

______________________________

Artikel Berkaitan:

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here