Reventure Kini Tersedia Di Nintendo Switch!

250
- Iklan -

Pemaju Indie, Pixellato mengumumkan bahawa Reventure kini telah tersedia di Nintendo Switch. Permainan ini pada asalnya dikeluarkan di Steam untuk PC sekitar bulan Jun lalu dan telah menerima pujian melambung – 1,000 ulasan positif daripada pemain di seluruh dunia dan lebih 25 juta di YouTube serta Twitch.

Permainan ini juga pernah merangkul gelaran “Best Indie Game” di Pameran Makmal Permainan Barcelona dan “Permainan Paling Menyenangkan” dari IBDA. Ia juga dilabel sebagai permainan Steam paling laris dijual pada Q2 2019.

Reventure adalah sebulah platformer bukan linear 2D – menampilkan banyak humor dan 100 pengakhiran penuh cabaran. Sepanjang pengembaraan, anda akan menemui banyak perkara berbeza yang menyeronokkkan. Dah cuba ke belum tu?

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here