Redmi Note 8 & Redmi Note 8 Pro Akhirnya Tiba Di Pasaran Tempatan – Harga Jualan Bermula RM599

375
- Iklan -

The King has finally arrived here at Malaysia! Xiaomi Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan dua lagi model baharu keluaran mereka iaitu Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro. Kedua-duanya membawakan reka bentuk moden bukan saja menjadi trend semasa, malahan ia dilihat sebagai sesuatu yang elegan dan cantik di pandang.

 

REDMI NOTE 8

Redmi Note 8 tampil dengan skrin penuh berukuran 6.3″ bersama rekaan takuk kecil menempatkan kamera hadapan.

Enjin dalaman dikuasakan oleh Snapdragon 665 dan dibantu memori sehingga 4GB dan storan dalaman sehingga 128GB ROM.

Untuk kamera, Redmi Note 8 membawakan sokongan empat kamera utama dengan gabungan lensa 48MP + 8MP + 2MP + 2MP. Diiringi dengan kamera selfie tunggal sebesar 13MP.

Melengkapi peranti adalah bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W menerusi port USB-C. Menariknya, model ini turut disertakan dengan lubang kegemaran ramai – bicu audio 3.5mm.

 

REDMI NOTE 8 PRO

Nampak macam sama tapi bukan dia! Redmi Note 8 Pro menyokong paparan skrin 6.53″ dengan panel IPS LCD yang mempunyai resolusi FHD+ (1080 X 2340). Menariknya, skrin ini menggunakan Corning Gorilla Glass 5 sebagai perlindung utama.

Peranti pintar ini dikuasai oleh pemproses MediaTek Helio G90T yang dibantu memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB ROM.

Melengkapinya, bateri berkapasiti 4,500 mAh dengan pengecasan 18W. Sitem operasi digunakan adalah Android 9.

Untuk kamera, peranti ini membawakan persediaan empat kamera utama: 64MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan sebesar 20MP.

Peranti ini boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Mineral Gray, Pearl White Dan Forest Green. Sensor cap jari terbina pada belakang peranti sebagai ciri keselamatan utama.

 

HARGA & KETERSEDIAAN

Kedua-dua peranti kini telah pun ditawarkan untuk pasaran tempatan dan boleh didapati bermula RM599. Bagi yang berminat, harga yang ditawarkan adalah seperti di bawah :

Redmi Note 8:

  • 3GB + 32GB = RM599 (Ketersediaan: Mulai 18/10/2019)
  • 4GB + 64GB = RM799 (Ketersediaan: Mulai 12/10/2019)
  • 4GB + 128GB = RM899 (Ketersediaan: Mulai 18/10/2019)

Redmi Note 8 Pro:

  • 6GB + 64GB: RM1,099
  • 6GB + 128GB: RM1,199

Pra-tempahan bagi Redmi Note 8 versi 4GB+64GB bermula 8 hingga 11 Oktober 2019. Anda akan mendapat Mi True Wireless Earbuds Basic (bernilai RM99) secara PERCUMA .

Manakala bagi Redmi Note 8 Pro pula, terdapat tawaran istimewa. Pembelian Early bird 6GB+64GB mulai hari ini akan dijual pada harga RM999!

Anda juga bakal mendapat hadiah eksklusif Black Shark Gaming COntroller Left (bernilai RM169) sekiranya membeli versi 6GB+ 128GB mulai 8 hingga 11 Oktober 2019.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk Online Eksklusif Deal bermula dari 8 hingga 11 oktober 2019.

Beli Peranti Redmi Di sini:

Beli Peranti Xiaomi Di Sini:

___________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here