Ragnarok Champions’ League 2019 Kini Tiba – Peluang Rebut Hadiah Lumayan Menarik!

178
- Iklan -

Ragnarok Champions’ League adalah dominasi War of Emperium 2 – pengepungan mingguan menakluk istana. Pada tahun ini, mungkin akan ada perbezaan di mana mekanisma akan lebih menyeronokkan daripada sebelumnya – Ranking mingguan akan menjadi tidak menentu.

Tournament akan bermula pada 17 Oktober dan bakal berlangsung selama enam minggu. Setiap pasukan akan berentap dalam peperangan WoE 2 pada setiap Khamis untuk mendapatkan mata bergantung kepada jumlah istana yang berjaya ditawan. Kemudian, mereka akan berentap pada Fight Night yang berlangsung setiap Sabtu. Keputusan penetuan akan dikemas kini pada setiap minggu.

Pemenang utama bakal memenangi hadiah wang tunai bernilai RM 8,000 dengan jumlah terkumpul 12 God item dan 6,000 White Potion Box. Di samping itu, terdapat juga hadiah maksimum bernilai RM8,610 pada perlawanan Fight Night. Selain memperoleh hadiah wang tunai dan barangan dalam permainan, 6 pasukan teratas juga berpeluang menyertai pertandingan yang lebih besar. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Ragnarok.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here