Predator Helios 700 Ditawarkan Pada Harga RM17,999 – Prestasi Dipertingkatkan Dengan Keyboard Signature HyperDrift!

431
- Iklan -

Buat kaki-kaki game tempatan, ini adalah berita baik buat anda! Predator ada gaming laptop baharu lagi, lebih stabil dan lebih power, dikenali sebagai Predator Helios 700.

Gaming laptop hebat bersaiz 17.3 inci 144Hz IPS ini dijual pada harga RM17,999 mulai sekarang, anda boleh beli melalui laman rasmi Acer dan penjual sah Acer di seluruh negara.

Harga tersebut adalah tanda spesifikasi yang sangat berkuasa, dihadirkan dengan Intel® Core™ i9 Gen ke-9 dan kad grafik NVIDIA® GeForce® RTX 2080 bersama 8GB GDDR6 VRAM dan 32GB DDR4 RAM (boleh dinaik taraf sehingga 64GB dan 1TB PCIe NVMe SSD (2 x 512GB) dalam konfigurasi RAID0).

Terdapat ciri menarik yang disertakan iaitu HyperDrift, sebuah papan kekunci signatur yang boleh digelongsor ke hadapan bagi memaksimakan sistem penyejukan komputer riba ini. Menurut Acer, Kipas 3D Berkembar Aeroblade™ Gen ke-4 turut dilengkapi bagi memaksimum aliran udara sehingga 18.9%, serta meminimumkan bunyi melalui 59 bilah besi bionik ultra nipis (0.1mm) yang direka khas.

4 mode prestasi – Normal & Fast pada papan kekunci mode bersambung (docked), serta Boosted dan Extreme ketika mode papan kekunci tidak disambung (undocked)

Predator Helios 700 juga membolehkan pemain untuk melakukan overclock dengan mudah, hanya menekan kunci Turbo dan/atau sliding out papan kekunci HyperDrift. Papan kekunci didatangkan dengan empat mode prestasi: Normal dan Fast pada papan kekunci mode bersambung (docked), serta Boosted dan Extreme ketika mode papan kekunci tidak disambung (undocked).

GALERI PREDATOR HELIOS 700

 

 

Reviu Eksklusif: Puas Sangat Ke Main Game Guna Acer Predator Triton 500?

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here