Pre-Order GoPro HERO8 Black Pada RM1,879 Mulai 10 ~ 20 Oktober 2019 – Dapat Edisi Terhad Foldable Travel Backpack Lagi!

248
- Iklan -

Kamera aksi paling berkuasa GoPro hari ini telah melancarkan edisi terbaru mereka – GoPro HERO8 Black. Susulan pelancaran rasmi, pihak GoPro Malaysia turut membuka sesi pra-tempahan bagi HERO8 Black mulai 10 ~ 20 Oktober dengan tawaran harga RM1,879.

GoPro HERO8 Black merupakan kamera aksi yang menyokong rakaman video sehingga 4K 60fps, serta mengambil gambar 12MP HDR. Sokongan ciri-ciri menarik seperti HyperSmooth 2.0 menawarkan kualiti rakaman video yang lebih stabil berbanding versi sebelumnya, serta TimeWarp 2.0 juga membolehkan rakaman video perlahan diambil dengan sempurna.

Dalam pelancaran ini juga memperlihatkan pelbagai aksesori Mod diperkenalkan, yang secara langsung dapat memudahkan kerja videografi antaranya Media Mod, Display Mod dan Light Mod yang mana masing-masing berperanan penting dalam menghasilkan rakaman video atau audio yang berkualiti.

Selain HERO8 Black dan aksesori Mod, GoPro MAX juga dilancarkan dengan tawaran harga RM2,310. Kamera ini menyokong rakaman video 360 darjah kerana ia dibekalkan 2 kamera pada bahagian depan dan belakang bersama kebolehan kalis air sedalam 5m.

Ketersediaan GoPro di pasaran Malaysia seperti berikut:
  • Pre-order HERO8 Black pada harga RM1,879 mulai 10 ~ 20 Oktober 2019 di kedai konsep GoPro MidValley Megamall, KL; Sunway Pyramid, PJ; Gurney Plaza, Penang dan The Mall, Midvalley Southkey, JB. (**Percuma edisi terhad foldable travel backpack)
  • GoPro MAX dijual pada harga RM2,310, boleh didapati melalui pengedar sah mulai 25 Oktober 2019.
  • Pre-order aksesori Mods mulai Disember 2019 di laman rasmi GoPro.

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here