- Iklan -

vivo sekali lagi menggegarkan industri peranti pintar tanah air dengan kemunculan peranti penuh inovasi luar biasa – vivo V17 Pro. Bukan satu, bukan dua tetapi enam kamera! Itulah inovasi dibawakan oleh model ini yang mana merupakan antara salah satu peranti paling menarik untuk didekati.

Nak tahu apa yang menarik? Kali ini eRing bawakan serba ringkas tapi padu mengenai model terbaik ini. Kena baca sampai habis!

1) Pandangan Lebih Luas Pada Kamera Depan & Belakang

Kamera peranti ini sememangnya menakjubkan kerana ia berupaya memperluaskan pandangan ke sudut yang lebih luas – boleh meluaskan perspektif sehingga 105 darjah dengan hanya satu klik! Menariknya lagi baik kamera depan mahupun belakang, kedua-duanya dilengkapi dengan sokongan lensa Wide-Angle – memberikan kelainan sekaligus mencipta kepuasan dalam kalangan mereka yang suka bergambar.

Kualiti? Jangan risau, sebabnya kamera peranti ini sangat bantu dalam penghasilan gambar yang menarik dengan keperincian jelas. Tak percaya? Cuba dulu…

 

2) Empat Kamera Utama Dengan Kuasa AI

vivo V17 Pro dilengkapi persediaan empat kamera utama dengan sokongan lensa cukup padu bersama kelebihan tersendiri dalam mempersembahkan imej berkualiti – kamera utama 48MP, 8MP Super Wide-Angle, 2MP Super Macro dan 2MP Bokeh.

Menariknya lagi, kamera utama ini disuntik dengan sokongan AI – di mana ia berupaya menghasilkan gambar lebih baik menerusi proses pengecaman objek dan situasi sekeliling. Selain itu, lensa utama ini juga menyokong fungsi AI Super Night Mode dengan sokongan HDR yang dinaik taraf bagi menangkap keajaiban suasana malam lebih sempurna.

 

3) Lensa Utama 48MP

Satu lagi kelebihan dan keunikan peranti ini terletak pada kepaduan lensa utama 48MP – kamera yang sangat memuaskan hati! Lensa ini dilihat menambahkan lagi kejelasan imej dengan resolusi lebih mantap, sekaligus amat membantu dalam pengambilan foto berkualiti tinggi.

Dalam pada itu, lensa ini juga sesuai digunakan untuk mengambil gambar dalam pelbagai keadaan – hasilnya boleh dikategorikan sebagai hebat dan sangat details dengan kombinasi warna menarik.

 

4) Gambar Malam Super Awesome

vivo V17 Pro juga berupaya merakam penggambaran malam dengan jelas – menerusi fungsi Super Night Mode. Menerusinya, pengguna berupaya menangkap lebih banyak penggambaran malam dengan tahap kecerahan dan perincian imej di luar jangkauan akal.

Dalam erti kata lain, memang cukup sempurna dan menyeronokkan. Siapa tidak suka kan? Oh ya! Terdapat juga sokongan mod malam tersedia pada kamera selfie – bertujuan mengoptimumkan kecerahan gambar dalam pencahayaan rendah bagi memberikan hasil lebih cantik.

 

5) Dual-Selfie Camera – Perspektif Baru Untuk Si Kaki Selfie

Peranti ini bukan sahaja berupaya merakam hasil gambar terbaik menerusi kamera utama – bahkan ia juga boleh dilabel sebagai pakar selfie menakjubkan. vivo V17 Pro diselitkan dengan persediaan Dual-Selfie kamera – gabungan lensa 32MP + 8MP.

Percaya atau tak, setiap tembakan selfie yang diambil menggunakan smartphone ni sememangnya hebat! Nak-nak pula, siap pakej ada tetapan kecantikan auto. Memang meletop-letoplah gambar lepas ni!

 

6) Pengimbas Cap Jari Pada Paparan

Vivo V17 Pro disertakan dengan persediaan pengimbas cap jari pada paparan yang berteknologi tinggi, In-Display Fingerprint Scanning. Ha, hebat kan? Bukan gimik okay! Tak payah susah-susah cari butang, korang letak je jari atas permukaan skrin – terus buka! Settle! Zupp zapp berdesup desup 3 saat je weh!

 

7) Binaan Kaca Menawan

Binaan fizikal vivo V17 Pro dibina dengan bahan berasaskan kaca secara keseluruhannya. Binaan belakang terasa sangat ergonomik dan begitu selesa ketika berada di tapak tangan.

Lagi satu, tak payah pening-pening kepala fikir pasal pilihan kemasan warna kerana ia didatangkan dengan dua pilihan yang menawan iaitu Knight Black dan Crystal White – Confirm puas hati dan tepati citarasa! ❤

 

8) Bateri Besar Gedabak

Mak datuk…Bateri dia besar gedabak weh! Ha, sesuailah buat mereka yang selalu mengeluh bateri phone tak tahan lama. vivo V17 Pro dibekalkan dengan bateri sebesar 4,100mAh + sokongan Dual Engine Fast Charging. Memang mantap, boleh tahan lama! Pengecasan semula pun lebih cepat berbanding pengecasan standard.

Ha, so macam mana? Onz ke tak? Wah, wah memang padu teruk ni. Korang tak nak ke beli satu? Rugi tahu! Bagi yang berminat, vivo V17 Pro ditawarkan pada RM1,699 dan boleh dimiliki menerusi beberapa saluran berbeza termasuk vivo Online Store, Shopee, Lazada dan rakan telco yang mengambil bahagian. Enjoy your shopping okay!

**Advertorial dari vivo Malaysia

Reviu Eksklusif Vivo V17 Pro : Si Enam “Mata” Yang Penuh Keajaiban – Eh Ye Ke Ni?!

 

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here