PlayStation 5 Bakal Dilancarkan Penghujung Tahun Hadapan!!! – Tampil Dengan Fungsi Yang Dipertingkatkan

338
- Iklan -

Ini ada berita yang best giler buat kaki game apabile Sony melalui laman rasmi Playstation di Jepun telah mengumumkan PlayStation 5 bakal dilancarkan penghujung tahun hadapan.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Ekskutif Sony Interactive Entertainment, alat kawalan PS5 ini akan dihadirkan dengan mengubah fungsi gegaran alat kawalan Dualshock kepada teknologi haptic. Selain itu, butang kawalan L2 dan R2 dikhabarkan akan ditukarkan kepada pemicu adaptif.

Berkemungkinan alat kawalan ini akan dinamakan sebagai Dualshock 5. Lebih menarik, Sony telah mengesahkan bakal menggunakan USB-C dan bateri yang lebih besar pada alat kawalan tersebut.

Bagi permainan fizikal pula, ia akan menggunakan cakera bersaiz 100GB dan mampu untuk memainkan cakera 4k Bluray menurut laporan daripada Wired.

Jadi sama-sama kita nantikan kehadirkan PlayStation 5 ini!!!

__________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here