OPPO Reno Ace Versi Gundam Dah Rasmi – Tampil Dengan Snapdragon 855+ & Sistem Penyejukkan ‘Dry Ice’

876
- Iklan -

OPPO telah membuat kejutan kepada peminat gajet apabila mereka telah memperkenalkan peranti terbaharunya iaitu Oppo Reno Ace Edisi Gundam.

Pastinya spesfikasi telefon ini bukan calang-calang apabila ia dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.5″. Menariknya ia menawarkan refresh rate 90Hz.

Spesifikasi dalaman pun memang tip top apabila ia dikuasakan oleh Snapdragon 855+ dan dipadankan dengan 12GB RAM dan storan sebesar 256GB berasaskan UFS 3.0.

Menariknya, ia dihadirkan dengan sistem penyejukkan Dry Ice dan disertakan dengan pengecasan pantas SuperVOOC 2.0. Menambah rencah bagi spesifikasi menakjubkan ini apabila ia turut disertakan dengan 4D Vibration.

Bukan hanya spesfikasi yang mengagumkan, rekaan luaran juga sangat unik yang mana ia direka khas diinspirasikan daripada kartun Gundam.

Namun, peranti ini ditawarkan secara terhad bagi pasaran China sahaja pada harga RMB3599 (kira -kira RM2120). Jadi sama-sama kita nantikan jika ia akan datang ke Malaysia atau tidak!

Beli Peranti OPPO Di Sini:

____________________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here