OPPO Reno Ace Rasmi – Sokong 65W SuperVOOC Fast Charging + Paparan 90Hz

422
- Iklan -

OPPO kini muncul dengan satu lagi model baharu – OPPO Reno Ace. Kedua-duanya membawakan penambah baikan yang menarik dan tersendiri. Di samping itu, gabungan konfigirasi prestasi tinggi pada peranti ini juga pastinya memberi pengalaman luar biasa buat pengguna.

OPPO Reno Ace membawakan paparan bersaiz 6.5″ AMOLED FHD+ dengan paparan skrin 90Hz dan rekaan bertakuk kecil. Dalaman peranti dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 855+ yang dibantu memori sehingga 12GB RAM dan storan 256GB (berasaskan UFS 3.0). Untuk kamera, peranti dibina dengan persediaan empat kamera utama iaitu 48MP + 13MP + 8MP + 2MP dan diiringi kamera swafoto sebesar 16MP. Kamera utama diselitkan dengan sokongan 5X hibrid zoom dan ultra wide angle.

Melengkapi peranti, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W selain turut menyokong pengecasan USB-PD 18W. Sistem operasi yang digunakan adalah Android 10 dengan antaramuka ColorOS 6.1. OPPO Reno Ace ditawarkan di pasaran China pada harga bermula RMB2,999 (kira-kira RM 1,764).

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here