OPPO Enco Q1 Wireless Noise Cancelling Headphones Bakal Diperkenal Bersama OPPO Reno2 – 15 Oktober 2019!

409
- Iklan -

OPPO kini semakin kerap mengacah orang ramai mengenai kemunculan ahli baru mereka iaitu OPPO Reno2 – bakal tiba pada 15 Oktober 2019. Bagi menambah keriangan ramai, OPPO memeriahkan lagi majlis pelancaran ini dengan memperkenalkan aksesori terbaru mereka, OPPO Enco Q1 Wireless Noise Cancelling Headphones – fon kepala pembatalan bunyi bising tanpa wayar keluaran OPPO yang pertama.

OPPO Enco Q1 Wireless Noise Cancelling Headphones menggunakan pembatalan bunyi hibrid aktif – di mana mikrofon berfungsi dengan algoritma membatalkan hingar. Fon kepala ini juga mempunyai unit pemacu dinamik dengan ukuran 11.8mm diafragma komposit, selain menyokong format AAC, tiga mod audio 3D yang immersive, dan penalaan audio dibangunkan oleh pasukan akustik khusus. Melalui ciri-ciri ini, pengguna boleh menikmati muzik, permainan, dan video dengan lebih lengkap dalam apa jua keadaan sekalipun.

OPPO Enco Q1 Wireless Noise Cancelling Headphones direka secara ergonomik bersama kemasan earbuds yang sepadan dengan bentuk telinga, di samping neckband yang sejajar dengan kontur leher bagi memaksimumkan keselesaan. Fon kepala menggunakan port pengisian USB-C dan boleh memainkan audio selama 15 jam sehingga 22 jam pada caj penuh.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here