OPPO Bakal Muncul Dengan Peranti Dual-Mode 5G Pertama Pada Penghujung 2019

252
- Iklan -

Ketika persidangan Qualcomm 5G Summit di Brcelona, OPPO telah berkongsi perancangan mereka untuk memperkenalkan smartphone dengan sokongan Dual-Mode 5G pertama dunia menjelang penghujung tahun ini. Ketua 5G Scientist OPPO, Henry Tan berkata peranti baru itu akan dikuasakan oleh platform mudah alih Qalcomm 5G – ia menyokong kedua-dua rangkaian SA dan NSA.

Mewakili OPPO pada persidangan tersebut, Tang berkongsi pandangannya mengenai keadaan semasa 5G dan produk masa depan. Tang menyatakan bahawa smartphone 5G kini berada di ambang penerimaan. Sehubungan itu, OPPO dengan pesat menyedari peluang pasar baru berkat kelebihan daya saing yang kuat dari teknologi dan produk 5Gnya di seluruh dunia.

Pada Mei 2019, OPPO bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi terkemuka Switzerland iaitu Swisscom – melancarkan OPPO Reno 5G di pasaran Swiss. Ia sekaligua menjadikannya smartphone 5G pertama boleh didapati secara komersial di Eropah. Melangkah ke hadapan, OPPO akan secara konsisten memperkenalkan lebih banyak produk 5G ke pasaran globalnya.

Sebagai perintis dalam pembangunan peranti 5G, OPPO telah membina kepakaran yang luas dalam standardisasi, perisian dan aspek teknikal lain yang berkaitan dengan teknologi 5G. Pasukan R&D 5G OPPO secara aktif menyumbang kepada piawaian teknologi mudah alih generasi akan datang.

Sehingga September 2019 , OPPO telah memfailkan lebih daripada 2,500 paten global dan lebih  3,000 dokumen berkaitan dengan standard 5G kepada 3GPP – menjadikan OPPO antara penyumbang utama kepada organisasi standard antarabangsa.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here