OPPO A9 2020 Diumum Telefon Pintar Terlaris Ketika Hari Pertama Jualan!!!

414
- Iklan -

Semua pasti kenal dengan peranti terkemuka di Malaysia, OPPO yang baru sahaja melancarkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai OPPO A9 2020. Menariknya OPPO telah mengumumkan bahawa peranti ini telah mencatatkan jualan terbaik No.1 telefon pintar paling laris melalui pembelian di gedung jualan rasmi dan dalam talian.

Bukan itu sahaja, pada hari pertama jualan, OPPO telah menjemput pelakon terkenal tanah air, Saharul Ridzuan merasai sendiri pengalaman menjadi juru jual peranti OPPO selama 1 hari di Lowyat sambil berkongsi kepada pelanggan tentang kehebatan OPPO A9 2020.

Peranti ini bukan hanya mencatat rekod jualan di gedung rasmi dan dalam talian, tetapi juga di platform rakan kongsi rangkaian termasuk Thundermatch, Urban Republic, Senheng, SenQ dan DirectD.

OPPO A9 2020 yang dilancarkan pada 28 September lalu pada harga RM1199 tampil dengan spesifikasi menakjubkan seperti kamera yang hebat iaitu 48MP (utama) + 8MP (Ultra-Wide Angle) + 2MP (Portrait) + 2MP (Mono) bagi kamera belakang dan kamera hadapan pula adalah 16MP.

Dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 665 dan dibantu gabungan memori 8GB RAM + 128GB ROM memberikan prestasi terbaik!

Beli Peranti OPPO Di Sini:

____________________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here