Gambar Kualiti Asal Pada iPhone Kini Dapat Disimpan Di Google Photos Tanpa Had?!

295
- Iklan -

Google Pixel 4 yang baru sahaja dilancarkan agak mengecewakan para peminatnya, kerana Google telah mengumumkan bahawa ia tidak mempunyai penyimpanan gambar kualiti asal tanpa limit dalam Google Photos.

Lain pula pengguna iPhone! Ada berita baik buat mereka! Menurut 9To5Mac, disebabkan Google Photos mengalami masalah “format loophole” – iaitu tidak dapat mengurangkan kualiti gambar format HEVC, oleh itu pengguna iPhone boleh menyimpan gambar kualiti asal pada Google Photos tanpa had!

Anda perlu menukar format gambar terlebih dahulu di dalam Settings > Camera > Formats, tetapkan imej pada kualiti “high efficiency” dengan format HEIF/HEVC. Bagi video pula hanya mampu menyimpan video 1080p sahaja.

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here