Nak Jadi Yang Pertama Mencuba HONOR 9X? Sertai HONOR Club Early Access Program!!!

649
- Iklan -

Jenama telefon pintar terkemuka, HONOR kini menjemput peminat untuk menjadi yang terawal mencuba peranti terbaharu mereka HONOR 9X.

Justeru HONOR telah melancarkan program “HONOR Club Early Access Program”. Peminat dari HONOR Club yang mempamerkan pengetahuan dalam telefon pintar HONOR dan sentiasa menyokong jenama ini akan mendapat jemputan eksklusif untuk menyertai HONOR Club Early Access Program.

2 ahli dari HONOR Club Early Access Program akan dipilih sebagai rakyat Malaysia yang pertama menerima HONOR 9X. Mereka akan memberi maklum balas dan ulasan mengenai telefon pintar ini bagi memperbaiki kepuasan pelanggan.

Pemilik peranti HONOR boleh menjadi sebagai daripada HONOR Club dan menyertai program ini. Mereka boleh menghasilkan kandungan menerusi fotografi, perkongsian pandangan dan pendapat atau mengulas produk bagi menyumbang kepada HONOR Club.

Cara Menyertai:

  1. Klik di sini untuk mendaftar akaun. Kemudian bermula dari 15 sehingga 31 Oktober, kongsi atau post ulasan anda mengenai produk HONOR di bahagian komen Di Sini.
  2. Setiap akaun hanya tertakluk untuk 1 penyertaan sahaja.
  3. Pada 7 November, 2 pemenang akan dipilih berdasarkan kualiti ulasan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai HONOR Malaysia dan siri HONOR X, bolehlah melayari laman sesawang hihonor atau boleh terus ke Facebook HONOR bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Beli Peranti HONOR Di Sini:

_________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here