Microsoft Kembali Dengan Peranti Boleh-Lipat – Surface Duo Peranti Beroperasi Android

195
- Iklan -

Microsoft bersiap sedia kembali ke arena peranti pintar! Dalam pelancaran Microsoft baru-baru ini ada bintang baharu diperkenalkan – iaitu peranti boleh-lipat Surface Duo.

Peranti ini mempunyai dua skrin bersaiz 5.6 inci, apabila dibuka ia bersaiz 8.3 inci. Ia kelihatan lebih kompak bahkan juga mesra pengguna, kerana di bawah engsel khusus ia mampu memutar sehingga 360 darjah sekaligus menjadikan sebagai peranti pintar atau tablet pun okay!

Menurut Microsoft, ia menggunakan sistem operasi Android dan diintegrasikan kelebihan Microsoft dalam peranti ini. Sokongan dua aplikasi berasingan pada kedua-dua skrin turut disediakan.

Surface Duo dikhabarkan berada di pasaran pada tahun 2020, apa lagi yang menarik kita nantikan berita selanjutnya dari Microsoft.

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here