Celcom Home Menawarkan Hadiah Bernilai Sehingga RM500 Ribu Menerusi Kempen 90 Days Of Awesomeness

520
- Iklan -

Ini satu berita yang pastinya mampu menarik minat anda apabila Celcom melancarkan kempen 90 Days of Awesomeness yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM500 ribu bagi mereka yang melakukan pendaftaran Celcom Home Broadband.

Menariknya, hadiah paling grand bagi peraduan ini adalah berupa sebuah kereta Proton X70. Terdapat juga 9 hadiah utama yang ditawarkan yang berupa percutian untuk 4 orang ke destinasi menarik antaranya ke London, Seoul, Istanbul dan sebagainya.

Tidak terhenti di situ, Celcom turut menawarkan hadiah harian berbentuk bancar beli-belah bernilai RM200 kepada 9 orang.

Menarik bukan! Justeru bagi yang berminat perlu mendaftar bagi mana-mana Celcom Home Wireless atau Celcom’s Home Fibre dari 15 Oktober 2019 sehingga 15 Januari 2020 dan ia hanya terbuka untuk pelangga baru sahaja.

Anda boleh mendaftar di Celcom Bluecube, rakan sah Celcom atau terus menghubungi khidmat pelanggan di talian 1-300-11-3282.

Anda perlu sentiasa peka kerana Celcom akan mengumumkan nama pemenang setiap hari menerusi Laman sesawang Celcom. Bagi Grand Prize dan hadiah utama, ia akan diumumkan dalam tempoh 30 hari selepas tamat kempen peraduan ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Celcom Home Fibre dan Celcom Home Wireless.

_______________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here