Mario Kart Tour Catat Muat Turun Tertinggi Bagi Permainan Nintendo, 90 Juta Kali Dalam Seminggu!!!

338
- Iklan -

Ramai pastinya yang mengenali watak mario ini. Justeru tidak hairanlah permainan Mario Kart Tour kini telah dimuat turut sebanyak 90 juta kali selepas seminggu dikeluarkan jauh meninggalkan permainan yang berada di tempat kedua iaitu Animal Crossing: Pocket Camp yang mencatat muat turun sebanyak 14.3 juta kali.

Ia merupakan catatan tertinggi jika dibandingkan dengan permainan Nintendo yang lain. Menerusi catatan ini menunjukkan ia telah diterima baik oleh peminat gaming.

Jika kita melihat pecahan dari jumlah ini, Android telah menyumbang sebanyak 59.5% daripada jumlah muat turun iaitu 53.5 juta kali. iOS pula menyumbang sebanyak 36.5 juta kali. Amerika Syarikat pula menjadi negara tertinggi muat turun iaitu sebanyak 14.7% diikuti Brazil 11.8% dan Mexico dengan 6.4%.

Permainan Mario Kart Tour ini telah mengutip sejumlah RM53 juta untuk minggu pertama yang mana daripada jumlah tersebut, 75.5% telah disumbangkan oleh pengguna iOS.

_____________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here