Keupayaan Rakaman Video OPPO Reno2 Yang Sangat Menakjubkan!!!

423
- Iklan -

Tidak dapat dinafikan, jenama OPPO ini mendapat tempat di hati peminat di Malaysia ekoran spesifkasi telefon pintarnya yang sangat baik. Tidak hairanlah OPPO Reno2 bakal tampil dengan spesifikasi yang lebih unggul dengan kamera mempersona iaitu 48MP kamera utama dan dipadankan dengan Ultra Steady video, Bokeh Effect video dan video zoom.

Dengan penggunaan video yang semakin meluas, OPPO telah membuat keputusan untuk memberi fokus kepada Videografi. Justeru itu, ia tampil dengan teknologi Ultra Steady Video Mode bagi kestabilan rakaman video.

Dihadirkan dengan Electronic Image Stabilization (EIS) dan Optical Image Stabilization (OIS) memberikan rakaman yang lebih tepat khususnya pada 60fps frame rate.

Lebih menarik, OPPO Reno2 turut disertakan dengan kesan Bokeh di dalam video. Jadi pengguna boleh merakam dengan memberi fokus kepada subjek yang mengaburkan bahagian belakang.

Tak terhenti di situ, ia turut disertakan dengan 5x hybrid zoom to 20x digital zoom yang membenarkan pengguna merakam imej yang jauh.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang OPPO, Facebook rasmi OPPO dan OPPO Official Online Store.

Beli Peranti OPPO Di Sini:

________________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here