Kerjasama Maxis Dengan Huawei – Sedia Melancarkan Rangkaian 5G Seawal Mungkin

369
- Iklan -

Maxis mengambil langkah ke depan lagi baru-baru ini dengan menandatangani perjanjian bersama Huawei Technologies Malaysia bagi peruntukan rangkaian 5G, sebaik sahaja spektrum yang diperlukan diagihkan.

5G akan menjadi rangkaian terpantas dan jauh lebih maju dari segi kekukuhan, latensi, kelajuan puncak dan kebolehpercayaan dengan kelajuan mencapai 10Gbps. Dalam kerjasama ini, pihak Huawei juga akan membekalkan peralatan dan perkhidmatan radio 4G/LTE dan 5G. Dijangka perkhidmatan 5G dari Maxis ini bakal diperkenalkan seawall hujung 2020 atau 2021.

Majlis ini disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif, Maxis, manakala Huawei diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Yuan.

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here