Jam Tangan Pintar Bergaya HUAWEI Watch GT 2 Kini Harga Bermula RM799

304
- Iklan -

Selain siri HUAWEI Mate 30 dirasmikan, pihak HUAWEI Malaysia turut melancarkan aksesori tambahan dalam pelancaran kali ini. Salah satu adalah jam tangan pintar bergaya – HUAWEI Watch GT 2 yang mana ia dijual pada harga bermula RM799.

Hadir dengan 2 varian iaitu 46mm & 42mm, Watch GT 2 (42mm) datang dengan paparan bersaiz 1.2″ AMOLED manakala Watch GT 2 (46mm) pula dilengkapi paparan 1.39″.

Watch GT2 tampil dengan pemproses Kirin AI Chip, sokongan panggilan Bluetooth membolehkan pengguna membuat panggilan pada jarak sehingga 150m daripada peranti.

Tambahan menarik, jam tangan pintar ini menyokong rintangan air sehingga 50m dan mampu menjejaki kadar jantung pengguna setiap 10 minit tanpa menjejaskan jangka hayat bateri. ciri lain termasuk menyediakan 15 jenis sukan dan 10 training mode, ini memang pilihan terbaik buat kaki sukan.

Watch GT2 ditawarkan pada harga:

  • Pebble Brown: RM899 (46mm)
  • Matte Black: RM799 (46mm)
  • Refind Gold: RM899 (42mm)
  • Lake Cyan: RM799 (42mm)

Pra-tempahan mulai sekarang di laman rasmi HUAWEI Online Official Store. Bagi versi 42mm pula, sesi pra-tempahan akan bermula November 2019 nanti.

Pelancaran turut dimeriahkan lagi dengan barisan aksesori menarik, antaranya cermin mata pintar HUAWEI x Gentle Monster, FreeBuds serta HUAWEI WiFi dan boleh dibeli mulai November 2019.

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here