Google Pixel 4 & Pixel 4 XL Kini Rasmi – Hadir Dengan Cip Pemproses Snapdragon 855!!

429
- Iklan -

Buat peminat peranti Google ini pastinya anda teruja mengenai berita ini apabila Google Pixel 4 dan Pixel 4XL kini telah rasmi dan dijual pada harga bermula dari  $799 (kira-kira RM3348).

Tidak banyak beza di antara dua peranti ini. Bagi Pixel 4, ia dihadirkan dengan skrin bersaiz 5.7″ FHD+ dan disertakan dengan Display 90Hz. Bagi Pixel 4 XL pula, ia dihadirkan dengan skrin 6.3″ QHD+, Smooth Display 90Hz.

Kapasiti bateri juga dilihat berbeza bagi kedua-dua peranti ini apabila Pixel 4 dihadirkan dengan kapasiti bateri yang kecil iaitu 2800mAh manakala bagi Pixel 4 XL pula, ia disertakan dengan 3700mAh.

Namun apakah persamaan bagi kedua-dua peranti ini pula? Kedua-dua peranti ini dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 855 dan dipadankan dengan 6GB RAM dan storan sebesar 64GB / 128GB.

Bagi aspek kamera, kedua-dua peranti ini dihadirkan dengan 12MP + 16MP bagi kamera belakang dan 12MP bagi kamera hadapan.

Harga jualan adalah seperti berikut:

  • Pixel 4: $799 (kira-kira RM3348)
  • Pixel 4 XL: $900 (kira – kira RM3770)

____________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here