Garmin Venu Kini Di Pasaran Tempatan – Harga Jualan RM1,799!

468
- Iklan -

Garmin Malaysia hari ini memperkenalkan barisan baru untuk segmen jam pintar keluaran mereka iaitu Garmin Venu – didatangkan dengan beberapa pilihan warna menarik pada julat harga mampu milik.

Jam pintar ini sangat bersesuai dengan mereka yang inginkan kepuasan berganda. Ia berukuran 1.2″ menggunakan skrin OLED dengan keupayaan pengesanan kesihatan yang lengkap – termasuk peringatan denyutan jantung, tahap tekanan, analisa corak tidur dan banyak lagi.

Jam pintar ini juga menawarkan lebih daripada 40 latihan merentasi semua jenis aktiviti fixikal termasuk – yoga, senaman kardio dan banyak lagi. Untuk ketahanan bateri, Garmin Venu mampu bertahan sehingga 5 hari dalam mod yang disambungkan dan boleh disesuaikan dengan beberapa widget – muat turun secara atas talian di Garmin Online Store.

Bagi yang berminat, ia didatangkan dalam empat warna menarik seperti Black with State, Light Sand with Rose Gold, Black with Gold dan Granite Blue with Silver. Harga jualan ditawarkan adalah RM1,799!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here