Dah Update Ke Belum? HONOR Band 5 Terima Kemas Kini Baru – Pulse Oxygen Saturation (SpO2) & Remote Music Control

243
- Iklan -

HONOR Band 5 kini menerima kemas kini baru iaitu Pulse Oxygen Saturation (SpO2) dan Remote music control – di mana membolehkan pengguna memantau tahap oksigen dalam darah dan mengawal muzik secara jauh.

Fungsi kawalan muzik jarak jauh ini dikatakan serasi dengan pelbagai aplikasi muzik termasuk Spotify, YouTube, Shazam, muzik Huawei dan banyak lagi. Ciri-ciri baru ini akan menyertai fungsi sedia ada pada HONOR Band 5 – termasuk 0.95″ skrin sentuh AMOLED, pelbagai mode sukan dan kecergasan dan ketahanan bateri sehingga 14 hari dengan pengecasan tunggal.

Bagi yang berminat, HONOR band 5 kini ditawarkan pada harga promosi bernilai RM139 (Harga asal : RM149) untuk tempoh terhad – bermula sekarang hingga 10 Oktober 2019. Layari HiHonor dan dapatkan sekarang juga!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here