ASUS ROG Phone 2 Rasmi Di Malaysia – Harga Jualan Bermula RM3,499

570
- Iklan -

Berita baik buat kaki game di Malaysia apabila ROG Phone 2 kini telah rasmi di Malaysia. Menariknya, telefon ini dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.59″ AMOLED FHD+ dengan sokongan paparan sehingga 120Hz – pastinya memberikan paparan terbaik. Paparan ini menggunakan Corning Gorilla Glass 6 sebagai pelindung utama.

Spesifikasi dalaman juga tidak dapat dinafikan kehebatannya apabila dihadirkan dengan cip pemproses Snapdragon 855 Plus dan dipadankan dengan GPU Andreno 640. Memori pula adalah sebesar 12GB RAM dan storan sebesar 512GB / 1TB (UFS 3.0). Di samping itu, aspek kamera juga boleh dikategorikan sebagai antara yang baik apabila dimuatkan dengan gabungan lensa :  48MP + 13MP dan diiringi kamera selfie sebesar 24MP.

Melengkapi peranti adalah bater dengan kapasiti yang besar iaitu 6,000mAh bersama sokongan HyperCharge 30W menerusi USB-C. Tersedia dalam dua versi berbeza iaitu Elite dan Ultimate, berikut adalah harga jualan bagi peranti ini dan bagi yang berminat, dapatkan di Lazada | Shopee :

  • ROG Phone 2 – Elite Version (512GB) – RM 3,499
  • ROG Phone 2 – Ultimate Version (1TB) – RM 4,499
- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here