Apple Watch Series 5 Ditawarkan Bermula 1 November – Harga Bermula RM1749

328
- Iklan -

Apple Watch Series 5 akan menerima pra-tempahan melalui Machines pada 25 Oktober 2019, kini laman rasmi Apple juga telah mengemaskini dengan mengumumkan Watch Series 5 akan dijual bermula 1 November 2019.

Siri baharu ini akan ditawarkan dalam 2 pilihan, iaitu 40mm dan 44mm, harga bermula RM1,749 dan mencecah sehingga RM4,849 bagi varian Stainless Steel Case with Link Bracelet. Sokongan Always On Retine telah dibekalkan pada Watch Series 5 dengan paparan skrin sentiasa aktif, di samping ketahanan bateri mampu bertahan selama 18 jam.

Tambahan lagi, versi selular juga akan dirasmikan buat kali pertama di pasaran tempatan untuk Apple Watch Series 5 dan Series 3. Harga tawaran bermula pada RM2,199 (Series 5) dan RM1,299 (Series 3).

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here