Akhirnya! Siri OPPO Reno2 Mendarat Di Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM1,599!

483
- Iklan -

Seperti yang dijanjikan! Akhirnya, OPPO memperkenalkan penerus legasi keluarga siri Reno iaitu OPPO Reno2 dan OPPO Reno 2F. Membawakan sejumlah panambahbaikan yang lebih baik dan hebat, kemunculan peranti ini pastinya akan membuka ruang lebih luas untuk pengguna berkarya dengan kreatif.

OPPO RENO2

OPPO Reno2 membawakan paparan bersaiz 6.55″ AMOLED FHD+ dengan paparan Panoramic Screen – nisbah ke badan peranti adalah sebanyak 93.1%. Binaan peranti ini dilindungi dengan kemasan Corning Gorilla Glass 6 pada panel hadapan dan Corning Gorilla Glass 5 pada panel belakang. Menariknya lagi, ia menyertakan fungsi pengimbas cap jari terbina pada skrin – Hidden Fingerprint 3.0.

Dalaman peranti dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 730G yang dibantu dengan sokongan gabungan memori 8GB RAM + 256GB ROM. Ia turut menyertakan sejumlah ciri menarik lain seperti Touch Boost 2.0 dan Link Boost.

Bagi jambatan kamera, peranti ini diselitkan dengan sokongan empat kamera utama: 48MP (main) + 8MP (wide angle) + 13MP (telephoto) + 2MP . Turut mengiringi adalah kamera selfie sebesar 16MP. Persediaan kamera ini mampu menyokong keupayaan 5x zoom hybrid dan 20x zoom digital.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan ciri menarik lain termasuk Ultra Steady Video, Bokeh Effect Video (kamera depan & belakang), Ultra Dark Mode dan banyak lagi. Lebih gempak, video peranti ini juga menyertakan sokonga sehingga 20x zoom.

Melengkapi peranti adalah bateri 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0. Tersedia dalam dua warna menarik seperti Luminous Black dan Sunset Pink, OPPO Reno2 ditawarkan pada harga RM2,299.

 

OPPO Reno2 F

OPPO Reno 2F membawakan paparan skrin bersaiz 6.5″ AMOLED FHD+ dan menggunakan Corning Gorilla Glass 5 (depan & belakang) sebagai pelindung utama. Enjin dalaman peranti menggunakan cip pemproses Mediatek P70 dan dibantu memori sebesar 8GB RAM + 128GB ROM.

Untuk kamera, OPPO Reno2 F dilengkapi persediaan empat kamera utama dengan gabungan lensa 48MP + 8MP + 2MP + 2MP, dan kamera selfie sebesar 16MP. Melengkapi peranti adalah bateri 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 3.0.

Tersedia dalam dua warna menarik iaitu Sky White dan Lake Green, OPPO Reno2 F ditawarkan pada harga RM1,599.

Bagi yang berminat, sesi pra-tempahan akan dibuka bermula 16 – 25 Oktober 2019 di semua Kedai Konsep OPPO, kedai pengedar rasmi, laman rasmi OPPO, serta rakan e-dagang Lazada, Shopee, Senheng, senQ dan DirectD.

♦ OPPO Reno2 > Lazada l Shopee
♦ OPPO Reno2 F > Lazada l Shopee

 

Pra-tempahan didatangkan dengan penawaran hadiah menarik bernilai sehingga RM318 – termasuk waranti perlindungan skrin (RM119) dan OPPO Reno Bag eksklusif bernilai RM119!

OPPO Enco Q1 turut dirasmikan, harga RM599

Ketersediaan OPPO Reno2 bermula pada 26 Oktober di semua Kedai Konsep OPPO, kedai pengedar rasmi, laman rasmi OPPO, serta rakan e-dagang Lazada, Shopee, Senheng, senQ dan DirectD, termasuk juga telco tempatan Celcom, Digi dan Maxis.

Pelanggan OPPO dan AEON kini dapat menikmati Reno2 pada kadar faedah 0% dengan kredit AEON sehingga 12 bulan ansuran, tiada deposit dan kad kredit diperlukan.

—————–

OPPO Reno2 Unboxing ↓↓↓

 

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here