Acara Level UP KL 2019 Kembali! Pelbagai Acara Menarik Khas Buat Gamers – Berlangsung November Ini!

302
- Iklan -

Acara Level Up KL kembali lagi! MDEC hari ini mengumumkan acara Level Up KL 2019 bakal membuka tirai tidak lama lagi – dijadualkan berlangsung bermula dari 2 hingga 10 November ini di pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Naib Presiden Kandungan Kreatif Digital MDEC, Hasnul Hadi Samsudin berkata pihaknya bangga melihat ekosistem permainan Malaysia berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun lalu. Tambah beliau, permintaan yang kukuh diterima daripada acara Level UP 2018 adalah bukti terbaik.

Katanya lagi, pada tahun 2019 pihaknya telah memperkuatkan usaha untuk meletakkan Malaysia sebagai pusat kuasa serantau bagi industri permainan melalui pengenalan strategiĀ Digital Content Ecosystem (DICE). LEVEL UP KL 2019 merupakan satu lagi usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan ekosistem pembangunan permainan serantau.

Untuk pertama kalinya, Level Up KL akan menampilkan acara yang memenuhi keperluan industri dan orang awam, iaitu Level Up KL Biz dan Level UP KL Play. Kedua-dua bakal membawakan pendedahan yang lebih besar kepada industri pembangunan permainan Malaysia berkembang secara berterusan.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here