4 Hari Bersama HUAWEI Watch GT2 – Bagaimana Jam Pintar Ini Mudahkan Daily Life Mereka?

519
- Iklan -

HUAWEI telah pun mengemas kini barisan jam pintar mereka menerusi kemunculan HUAWEI Watch GT2. Jam pintar ini menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini dalam kalangan orang ramai kerana membawakan penambahbaikan menyeluruh baik dari segi dalaman mahupun luaran – termasuk cipset terbaharu HUAWEI iaitu Kirin A1, sokongan Bluetooth transfer dan banyak lagi.

Bagi menguji jauh mana kehebatan jam pintar ini, 2 followers kami – Aina dan Ikah berpeluang menguji sendiri Watch GT2 selama 4 hari mengikut function berbeza dan ia menampakkan kualiti begitu menakjubkan. Tak pecaya? Untuk artikel ini, kita akan lihat perjalanan mereka bersama HUAWEI Watch GT2. Jom kita selam apa kata mereka…

 

01# Running / Cycling

Kepada yang suka bersukan dan inginkan keselesaan, HUAWEI Watch GT2 merupakan antara pilihan terbaik. HUAWEI Watch GT menyokong sehingga 15 jenis sukan termasuk berjalan kaki, berlari, berbasikal dan banyak lagi.

Task dari Aina

Kedua-dua followers telah menguji jam ini dengan larian secara indoor dan outdoor – dengan mudah HUAWEI Watch GT2 mengesan kiraan langkah, denyutan nadi, kalori terbakar dan tempoh aktiviti dilakukan oleh kedua-dua mereka.

Task dari Ikah

Pada masa sama, ia juga mempunyai kehebatan luar biasa dalam mengesan kadar degupan jantung dalaman – menarik bukan?

 

02# Heart Rate Monitoring

HUAWEI Watch GT2 dibekalkan dengan fungsi heart rate monitoring. Sedia maklum, ia diselitkan dengan teknologi HUAWEI TruSeen 3.0 – bertujuan memastikan pemantauan kadar degupan jantung yang lebih baik dan efisyen dengan bantuan sensor di bawah jam pintar. Teknologi ini bertindak sebagai pemantau sepanjang hari (24jam) dalam masa nyata bagi memberi maklum balas terperinci mengenai kesihatan si pemakai tanpa menjejaskan jangka hayat bateri.

Sebagai contoh, Aina menguji fungsi ini untuk seharian – bermula 1 pagi hingga 11 malam. Melalui fungsi ini, Aina dapat mengetahui kadar degupan jantungnya sama ada pada tahap normal atau tidak normal. Dia menyimpulkan fungsi ini amat berguna dalam membantu kesihatan jantung dan pengamalan gaya hidup sihat.

 

03# Phone Finder

Korang pernah berada dalam situasi di mana telefon korang tak dapat dikesan? Tercicir? Tak tahu letak dekat mana? Jangan menangis, relax! Sebab HUAWEI Watch GT2 mampu memberikan tahap keselesaan baru dengan menyokong aplikasi Phone Finder. Menerusi teknologi terkini yang dibenamkan pada fungsi ini, smartphone korang dengan mudah dapat dijejaki.

Tak percaya? Aina telah mencuba sendiri fungsi ini dan mendapati meskipun smartphone miliknya dalam keadaan vibrate mode, ia tetap berbunyi sewaktu menggunakan fungsi ini – ia sekaligus memudahkan lagi pencarian. Nampak tak? Sangat berguna kan!

 

04# Diverse Watch Face

Antaramuka HUAWEI Watch GT2 boleh ditukar kepada pelbagai pilihan reka bentuk seakan jam analog klasik dan juga rekaan digital moden – termasuk classic, urban dan banyak lagi. Pengguna boleh mengubah antaramuka ini mengikut kesesuaian aktiviti atau lifestyle. Lebih banyak muka jam boleh dimuat turun menggunakan aplikasi HUAWEI Health.

Aina berkata, dia amat menyukai antaramuka jenis Passy kerana ia kelihatan sangat menarik dan kemasan warna dilihat cantik. Tambahnya lagi, antaramuka pada jam pintar ini juga amat mudah digunakan dan dipelajari tanpa perlu membaca pada manual. Ha, bagaimana pula dengan korang?

 

05# Sleep Monitoring

Seterusnya, HUAWEI Watch GT2 juga dilengkapi fungsi sleep monitoring atau pengesanan tidur secara terbina. Dengan teknologi HUAWEI TruSleep 2.0 yang terbina pada jam pintar ini – ia berupaya mengesan dan mendiagnosis 6 jenis masalah tidur yang sering dihadapi pengguna – sekaligus memberi cadangan untuk penambahbaikan bagi mendapatkan pengalaman tidur yang lebih baik.

Pada masa sama, ia juga berupaya memantau kadar denyutan jantung dan sistem penafasan ketika tidur. Sebagai contoh, Ikah telah mencuba sendiri fungsi ini – dia mendapati fungsi ini amat berguna dalam proses memantau pola tidurnya. Tambahnya lagi, fungsi ini juga bantu memberikan cadangan untuk penambahbaikan untuk mendapatkan pengalaman tidur lebih sempurna.

 

06# Bluetooth Calling

HUAWEI Watch GT2 turut dikemaskini dengan penambahbaikan yang komprehensif – di mana korang kini boleh membuat/menerima panggilan hanya dari pergelangan tangan sahaja! Terima kasih kepada ciri Bluetooth Calling pada jam pintar ini. Dengan ciri ini, si pemakai tak perlu lagi membawa telefon setiap saat – terutamanya ketika bersenam. Inilah yang dinamakan keseronokan sebenar!

Tambahnya lagi, mikrofon dan pembesar suara terbina pada jam tersebut juga berada pada tahap terbaik kerana suara panggilan kedengaran cukup jelas tanpa sebarang masalah. Selain daripada fungsi ini, HUAWEI Watch GT2 juga menyajikan sejumlah ciri-ciri menarik lain – mendengar muzik kegemaran tanpa had!

 

07# Pressure Monitoring

Last but not least, satu lagi selling point pada HUAWEI Watch GT2 adalah fungsi Pressure Monitoring. HUAWEI menyelitkan teknologi HUAWEI TruRelax pada jam pintar ini – bertindak sebagai pemantau stress dan memberi maklum balas mengenai indeks tekanan. Ia juga berupaya melatih si pemakai teknik pernafasan yang betul.

******

Okay! Korang dah tengok sendiri kan macam mana perkongsian pengalaman dan pendapat daripada 2 followers kami yang mencuba jam pintar ini? Oh ya, apa yang ditekankan di sini adalah keupayaan bateri pada jam pintar ini juga harus dipuji – sepanjang 4 hari ujian ini dilakukan kedua-dua mereka sama sekali tidak mengecas balik jam tersebut dan seorang masih tinggal 68% bateri, seorang lagi 57% bateri. Ohsem!

Bateri masih tinggal 68% selepas 4 hari – task dari Aina
Bateri masih tinggal 57% selepas 4 hari – task dari Ikah

Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa segala aktiviti yang dilakukan nampaknya langsung tidak menjejaskan jangka hayat bateri – sekaligus mengiyakan dakwaan HUAWEI di mana jam ini mampu bertahan dalam masa yang lama.

Bagi yang berminat, HUAWEI Watch GT2 ditawarkan dalam dua versi berbeza – 46mm & 42mm. Jam pintar ini boleh didapati menerusi HUAWEI Online Official Store dan ketersediaan untuk kedua-dua versi adalah seperti di bawah:

◆ Varian 46mm

  • Matte Black: RM799 – Ketersediaan mulai SEKARANG
  • Pebble Brown: RM899 – Ketersediaan mulai SEKARANG

◆ Varian 42mm

  • Refind Gold: RM899 – Ketersediaan November 2019
  • Lake Cyan: RM799 – Ketersediaan November 2019

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here