Yoodo Anjur PUBG MOBILE Campus Championship (PMCC) – Tawar Hadiah Bernilai RM60,000 Untuk Direbut!

387
- Iklan -

Yoodo bakal mengadakan satu tournament PUBG Mobile peringkat universiti yang bakal berlangsung di seluruh negara. Kejohanan ini dijangka melibatkan sebanyak 6,000 penyertaan dan terbuka kepada semua pelajar.

Setiap pemain bakal berentap bagi merebut hadiah lumayan bernilai RM60,000! Di samping itu, pemenang juga bakal menerima pelan mudah alih selama satu tahun dari Koodo dan jemputan eksklusif ke Grand Finals PUBG MOBILE National Championship (PMNC) 2020.

 

PMCC 2019 Tournament

Kejohanan bakal bermula pada 24 September dengan 7 kelayakan serantau secara berasingan sebelum Grand Final pada 24 November – bakal memaparkan 16 pasukan teratas.

Bagi yang berminat, pendaftaran kini telah dibuka dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan ini: KLIK DI SINI. PMCC 2019 Tournament dibawakan oleh Yoodo dan diterbitkan oleh PUBG MOBILE. Kejohanan ini juga ditaja oleh edotco dan dianjurkan oleh ESL Gaming.

 

PMCC 2019 SOCIAL MEDIA CHALLENGE

Bagi menambah keriangan ramai, dua peraduan media sosial juga akan diadakan – hadiah bernilai RM1,000 untuk direbut setiap minggu. Stay tuned untuk lebih maklumat lanjut mengenai peraduan dalam masa terdekat!

 

PMCC 2019 ROADSHOWS

Siri roadshow ini bakal berlangsung selama 28 hari – bermula 23 September hingga 25 Oktober di sejumlah universiti terpilih di seluruh negara. Menerusi roadshow ini, pengunjung boleh menikmati pelbagai promosi menarik, jualan barangan eksklusif dan perlawanan PUBG Mobile yang menyeronokkan.

Pengunjung juga boleh menikmati “Chicken Dinner” tanpa had dengan data tambahan sebanyak 20GB eksklusif daripada Yoodo! Maklumat lanjut, layari laman Facebook Yoodo Esport dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here