vivo NEX 3 Kini Muncul, Ujian Penanda Aras Antutu Catat Skor Pecah Rekod – 497,858 Mata!

441
- Iklan -

Tudia! Hebat bukan kaleng-kaleng! Vivo NEX 3 nampaknya kini telah pun muncul secara rasmi. Pewaris baru vivo ini dilihat dilihat membawakan penawaran spesifikasi menarik di samping prestasi yang lebih padat.

Vivo NEX 3 membawakan paparan bersaiz 6.89″ AMOLED dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 99.6%. Peranti ini dibina dengan rekaan sisi yang luar biasa – sudut lengkungan hampir 90%. Vivo Nex 3 dikatakan tidak menyertakan sokongan kunci fizikal – sebaliknya dibina dengan Touch Sense (ciri sesentuh menyerupai butang sebenar).

Enjin dalaman peranti dijana oleh Snapdragon 855+ dan dibantu memori sehingga 12GB RAM dan storan 256GB ROM. Lebih menarik, ia juga menyertakan sokongan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 44W.

Untuk kamera, vivo NEX 3 membawakan 3 kamera utama : 64MP (ISOCELL Bright GW1 Samsung) + 13MP + 13MP dan kamera hadapan sebesar 16MP. Kamera hadapan ini dibina dengan rekaan pop-up yang serupa dengan vivo X27 Pro – terdapat juga ciri menarik dipanggil Hyper HDR Potret Master.

Pun begitu, apa yang lebih menggemparkan! Ujian penanda aras Antutu vivo NEX 3 dikatakan mencatat skor pecah rekod – sebanyak 497,858 mata. Memetik sumber, dengan catatan skor ini ia sekaligus dilihat mendahului ASUS ROG Phone 2 (492,907 mata).

[SUMBER]

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here