UniPin – Gerbang Pembayaran Permainan Terbesar Indonesia Kini Tersedia Di KK Mart

253

Bagi kaki game ini ada berita baik untuk anda! KK Mart kini bekerjasama dengan UniPin yang merupakan gerbang pembayaran permainan terbesar Indonesia, menjadi syarikat peruncit rasmi UniPin di Malaysia.

Malaysia merupakan negara ketiga dalam pasaran permainan Asia Tenggara yang menjadi pilihan UniPin, dan KK Mart telah dipilih menjadi paltform penjualan baucar ini dalam menawarkan kemudahan kepada pemain atas talian untuk mendapatkan kredit permainan mereka. Menariknya lagi, anda akan menerima 10% bonus apabila membeli top up UniPin di KK Mart.

Cara Menggunakan UniPin:
  • Langkah 1 – Beli baucar UniPin Game di KK Mart.
  • Langkah 2 – Pilih game anda di https://www.unipin.com/
  • Langkah 3 – Masukkan nombor siri dan pin untuk melengkapkan transaksi.

 

Pertandingan UniPin KK Super Mart Cup 2019 (UKK Cup)

Tambahan menarik KK Mart dan UniPin juga akan melaksanakan UniPin KK Super Mart Cup 2019 (UKK Cup), yang bermula dari September hingga Oktober 2019. Pertandingan ini akan memperlihatkan pemain permainan mudah alih dari Malaysia bertarung merebut kejuaraan.

Johan UKK Cup akan dipilih untuk bertanding di Cyber Arena Asia Tenggara (SEACA 2019), salah satu kejohanan permainan terbesar di Asia Tenggara anjuran UniPin. Kejohanan ini memperlihatkan komuniti pemain professional berentap untuk memenangi sebahagian dari hadiah keseluruhan bernilai RM600,000.

Ia bakal berlangsung di arena Balai Kartini, Jakarta Selatan dari 8 hingga 10 November 2019, antara permainan popular yang akan dimainkan adalah Dota 2, Free Fire, PUBG Mobile dan Tekken 7.

Maklumat lanjut, layari Facebook KK Super Mart, atau SEACA.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here