U Mobile, WeChat Lancar Program Mini WeChat Go Malaysia – Mudahkan Pelancong China Berurusan Di Malaysia!

552
- Iklan -

U Mobile sekali lagi menjalikan kerjasama dengan Wechat bagi melancarkan dua program mini – Program Mini Wechat Go Malaysia dan Program Mini Pavilion KL. Kedua-dua program ini berada dalam ekosistem Wechat di mana memberi tumpuan bagi membantu pelancong dari tanah besar China.

Program Mini Wechat Go Malaysia berfungsi sebagai panduan interaktif – menyediakan proses pembayaran dalam mata wang RMB apabila pelancong dari China membuat sebarang urusan di KLIA Express, CatchThatBus, TripCarte dan POS Malaysia. Contohnya, mereka boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menempah atau membayar tiket perjalanan yang mana tiket QR akan disimpan dalam program ini.

Program Mini Pavilion KL pula bertujuan membantu pelancong dari China yang melawat pusat beli belah di sekitar Kuala Lumpur – di mana ia menyokong bahasa Cina dan Inggeris bagi memudahkan komunikasi. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membuat tempahan, pembayaran dan sebagainya di lebih daripada 30 peniaga dan penjual yang mengambil bahagian. Ia sekaligus dilihat dapat menjimatkan masa.

Sekadar makluman, U Mobile dan Wechat pernah bekerjasama melancarkan U Mobile WeChat GO SIM yang menawarkan perkhidmatan mesej tanpa had di aplikasi Wechat. Muat turun aplikasi Wechat menerusi:

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here