TikTok & Conservation International Anjur #SaveOurOceans Challenge – Jom Selamatkan Laut Kita!

606

TikTok dengan kerjasama Conservation International kini menganjurkan #SaveOurOceans Challenge di mana bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang peranan penting lautan dunia dan apa yang dapat kita lakukan bagi melindungainya untuk generasi akan datang.

Menerusi cabaran ini, pengguna boleh menunjukkan sokongan mereka menerusi rakaman video pendek – dengan menggunakan effect laut yang tersedia di aplikasi. Untuk setiap video yang dimuat naik dengan hashtag #SaveOurOceans – bakal menyumbakan $ 2 (RM8) kepada Conservation International untuk membantu menyelamatkan 3,000 kilometer persegi lautan (sehingga $ 100,000 atau RM400,000).

Bagi yang berminat, #SaveOurOceans Challenge bermula sekarang hingga 9 September 2019. Tunggu apa lagi? Jom sama-sama selamatkan laut kita! Muat turun aplikasi TikTok menerusi : App Store | Google Play

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here