[TERTIRIS] : Kotak Pembungkus HUAWEI Mate 30 Kini Bocor

596
- Iklan -

Siri HUAWEI Mate 30 – Masih belum dilancarkan, namun menjadi bualan hangat di media sosial. Terbaru, kotak pembungkus HUAWEI Mate 30 dikatakan telah bocor – kotak utama spenuhnya bewarna hitam dan logo yang dicetak di bawah Leica menunjukkan identiti.

Berdasarkan label pada kotak tersebar, HUAWEI Mate 30 membawakan nama model TAS-AL00. Salah satu kemasan warna HUAWEI Mate adalah berwarna hitam terang dan memori 6GB RAM + 128GB ROM.

Khabar angin mendedahkan, HUAWEI Mate 30 mungkin membawakan sejumlah reka bentuk generasi terdahulu – skrin penuh dengan takuk di hadapan. Ia juga dikatakan menyertakan empat kamera utama yang disusun dalam bentuk bulat. Untuk konfigurasi, peranti ini akan dilengkapi dengan pemproses Kirin 990 bersama paparan jenis AMOLED dengan kadar penyegaran 90Hz.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here