Terbaik! Cip Apple A13 Bionic Menjaringkan Skor Tertinggi Di Geekbench – Sebanyak 13,769 Mata!

681

Apple baru sahaja mengumumkan pewaris baru mereka iaitu siri iPhone 11 yang dikenali sebagai iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max. Sedia maklum, kesemua model ini dikuasakan oleh perkakasan yang dipertingkatkan bersama cip pemproses terbaru, Apple A13 Bionic.

Terkini, iPhone 11 Pro dengan kod nama iPhone 12,3 dikatakan telah muncul di paltform Geekbench. Keputusan menunjukkan – ia mencatat sebanyak 5,472 mata untuk single-core dan 13,769 untuk multi-core. Jika diteliti, markah ini jelas menunjukkan peningkatan ketara dalam CPU – pun begitu kita masih menunggu ujian lain untuk ketahui mengenai prestasi GPU pula.

Siri iPhone 11 – iPhone 11, iPhone 11 Pro & iPhone 11 Pro Max

Sebagai bandingan, ini merupakan skor yang terbaik buat ketika ini – pesaing terdekat adalah Apple Bionic A12 dengan markah 4,812 mata dalam single-core dan 11,280 mata untuk multi-core. Kemudian , diikuti oleh Snapdragon 855+ dengan 3,623 mata untuk single-core dan 11,365 mata dalam multi-core. Tidak ketinggalan, Kirin 990 juga tersenarai tetapi markah masih belum dikemas kini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here