Bila mengomel soal desktop dan PC, mesti ada yang dilema kan nak mencari yang terbaik? Aduhhh, pening kepala! Dah jumpa yang berkenan tapi harga pula mahal? Urghhh! Stress!!

Eh! Tenang gais, tenang…Dari stress-stress, apa kata korang beli je JOI PC ni! Memang SUPER DUPER AWESEOME okay! Harga pun affordable! Tak percaya? Meh hadam ni baik-baik.

JOI PC yang terbaru ini antara produk yang akan buat mata korang terbeliak! Senang kata, PC yang semua dalam satu – tak kisah lah untuk gaming ke, berhibur ke, editing ke atau kegunaan harian sekali pun. Memang sesuai sangatlah.

Dikuasai pemproses Intel® Core™ Generasi Ke-9 terbaru, JOI PC akan membawa korang ke satu ‘paras’ yang belum pernah dialami sebelum ini. Percayalah cakap kami! Cip pemproses ini dikatakan lebih baik berbanding generasi terdahulu – ia sekaligus mampu memberikan pengalaman terbaik. Ia juga dikatakan melebihi had – di mana menyampaikan prestasi luar biasa di samping pengalaman permainan lebih imersif terutama buat si kaki game.

Okay, ada tiga model yang korang boleh pilih: 1) Medusa PC-100, 2) Medusa PC-200 dan 3) Medusa PC-300. Kalau korang nak tahu, memang terbaik ketiga-tiga model ni semua. Tapi…Korang mesti nak tahu pasal spesifikasi dan penawaran harga ketiga-tiga model kan? Ayuh, kita kupas satu persatu:

1) Medusa PC-100

  • Intel® Core™ i5-9400F
  • Gygabyte GA-H310M-S2 Motherboard
  • Galax Gamer 120GB SSD + 8GB RAM
  • Cooler Master MasterBox E300L
  • Thermaltake Litepower 450W Power Supply
  • MSI GT710 2GB DDR3
  • RM1,649

 

2) Medusa PC-200

  • Intel® Core™ i5-9400F
  • ASUS PRIME B365M Motherboard
  • T-Force 8GB Performance RAM
  • Galax Gamer 240GB SSD
  • Cooler Master MasterBox E300L
  • Thermaltake TR2 S 600W Power Supply
  • ZOTAX GeForce GTX 1060
  • Cooler Master MasterLiquid 120R AIO
  • RM3,189

 

3) Medusa PC-300

  • Intel® Core™ i5-9400F
  • ASUS ROG STRIX B360-H Gaming Motherboard
  • KLEVV KCAS RGB RAM 8GBx2
  • Galax Gamer 480GB SSD
  • Corsair Carbide 220T Casing
  • Thermaltake Smart RGB 600W Power Supply
  • Galax GeForce RTX 2060
  • Corsair H100i RGB PLATINUM SE
  • RM4,599

 

Haaa, korang onz ke tak onz? Terpikat tak wehhh? Kalau dah suka tu, tunggu apa lagi? Cepat-cepat beli! Ketiga-tiga model ini boleh didapati di GLOO @ Plaza Lowyat (level 2) – ketersediaan bermula sekarang hingga 27 September 2019!

Lebih menarik, setiap pembelian akan didatangkan dengan hadiah menarik berupa Complimentary Passport Holder! Cepat! Dapatkan JOI PC sekarang dan rasai sendiri kehebatannya! Maklumat lanjut, sila layari GLOO.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here