Spesifikasi Penuh HUAWEI Mate 30 Pro Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi

674

Nah, itu dia! Yang ditunggu-tunggu bakal datang. HUAWEI bakal memperkenalkan Siri HUAWEI Mate 30 tidak lama lagi – dijadualkan pada 19 September 2019. HUAWEI bakal muncul dengan sekurang-kurangnya dua model – HUAWEI Mate 30 & HUAWEI Mate 30 Pro. Kini, spesifikasi penuh HUAWEI Mate 30 Pro dikatakan telah bocor.

HUAWEI Mate 30 Pro dijangka menampilkan skrin bersaiz antara 6.6” dan 6.8” dengan resolusi FHD+ bersama panel AMOLED. Sisi peranti dikatakan sangat melengkung dengan sokongan pengimbas cap jari terbina dalam paparan. Paparan Mate 30 Pro dikatakan menyokong kadar ksegaran sehingga 60Hz dan menyertakan sokongan Face ID 2.0 yang dipertingkatkan – kini lebih cepat dan selamat.

Enjin dalaman mungkin dikuasakan oleh pemproses Kirin 990 dan dibantu memori sehingga 12GB RAM serta storan hingga 512GB. Bateri disertakan adalah sebesar 4,500 mAh dan didoroang oleh sokongan SuperWire 40W dan 27W SuperWireless Charge. Kebocoran juga mendedahkan ia bakal didatangkan dengan Android 10 tanpa aplikasi Google dan memaparkan antaramuka EMUI 10.

Adakah ia benar? Nampaknya HUAWEI ada perancangan yang tersendiri untuk dipersembahkan kepada peminat setia. Sejauh mana gempaknya perancangan tersebut? Sama-sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here