Siri iPhone 11 ‘Panas’ Di China, Pra – Tempahan Mencecah Sehingga 1 Juta!

763

Rentetan daripada kes pengharaman Amerika Syarikat (AS) ke atas HUAWEI, ramai mula berspekulasi ia mungkin memberi kesan kurang enak terhadap siri iPhone 11. Bagaimanapun, spekulasi itu dilihat tidak benar apabila siri iPhone 11 masih ‘panas’ di China dan pra-tempahan dikatakan telah mencecah 1 juta!

Perkara ini dapat dilihat menerusi platform JD.com di mana menunjukkan iPhone 11 Pro adalah paling popular! Sehingga jam 11 pagi, statistik mendedahkan jumlah tempahan untuk iPhone 11 Pro adalah sebanyak 527,807 unit. Kemudian, diikuti pula dengan pra tempahan iPhone 11 sebanyak 350,023 unit. Jumlah jualan iPhone 11 Pro Max agak kecil namun memberangsangkan iaitu berjumlah 130,302 unit. Hasil kesemua jumlah ini sekaligus menjadikan pra-tempahan siri iPhone 11 ini mencapai lebih 1 juta!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here