Samsung Galaxy M30s Rasmi – Sokong Exynos 9611 + Bateri 6,000mAh + Kamera Utama 48MP

2380
- Iklan -

Samsung Galaxy M30s kini diperkenal secara rasmi! Samsung Galaxy M30s. Kemunculan peranti ini sekaligus menyertai empat telefon pintar sedia ada di dalam garis Galaxy M – M10, M20, M30 dan M40 – bagi menyediakan pilihan terbaik untuk pengguna.

Samsung Galaxy M30s membawakan skrin bersaiz 6.4″ FHD + Super AMOLED Infinity U. Enjin dalaman peranti dikuasakan oleh cip pemproses Exynos 9611 Octa-Core dengan kelajuan jam sehingga 2.3GHz. dan dibantu memori sehingga 6GB RAM serta storan 128GB ROM.

Peranti ini didatangkan dengan tiga kamera utama dengan lensa utama 48MP + 8MP + 5MP diikuti dengan kamera selfie 16MP. Kamera Galaxy M30s dilengkapi dengan Pengoptimuman Scene Optimizer AI dan ciri pengesan kecacatan pintar untuk tembakan sempurna. Galaxy M30s juga boleh merakam video 4K, Super Slo-Mo, Super Steady dan Hyperlapse.

Apa yang menjadi titik tumpuan pada peranti ini adalah pada kapasiti bateri – 6,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 15W. Sistem operasi digunakan adalah Android Pie dari kotak bersama antaramuka One UI untuk pengalaman lancar tanpa lag. Galaxy M30 akan tersedia dalam warna dua warna – Opal Black, Blue Sapphire dan Pearl White. Ditawartkan di pasaran India pada harga : 

  • Samsung Galaxy M30s (4GB + 64GB) – INR 13,999 (kira-kira : RM 822)
  • Samsung Galaxy M30s (6GB + 128GB) –  INR 16,999 (kira-kira : RM 998) 
- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here