Samsung Galaxy A20s Mendarat – Harga Jualan RM699 , Ketersediaan Bermula 21 September 2019!

583
- Iklan -

Seiring pelancaran Samsung Galaxy A50s dan Samsung Galaxy A30s, syarikat gergasi korea selatan itu turut memperkenalkan penerus legasi siri A yang seterusnya iaitu Samsung Galaxy A20s. Model ini merupakan peranti bajet dengan paparan besar bersama sokongan tri-kamera di belakang.

Samsung Galaxy A20s membawakan paparan bersaiz 6.5” HD+ (720 x 1560 piksel) IPS LCD dengan rekaan infinity-V Display. Enjin dalaman dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 450 (14nm) dan dibantu memori sebesar 3GB RAM + 32GB ROM.

Ia mempunyai tiga kamera utama dengan gabungan lensa 13MP + 8MP + 5MP dan kamera hadapan sebesar 8MP. Seterusnya, bateri adalah sebesar 4,000 mAh dan ia membawakan sokongan pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang.

Bagi yang berminat, Samsung Galaxy A20s kini ditawarkan pada harga RM699 dan ketersediaan bermula 21 September 2019. Peranti ini boleh dimiliki menerusi beberapa saluran berbeza termasuk Samsung Experience Stores, rakan telco dan pengedar sah. Tunggu apa lagi? Go & grab, okay?

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here