Razer Phone 2 Kini Boleh Dimiliki Pada Harga RM1859 Sahaja!!!

258

Peminat peranti gaming pastinya teruja mendengar berita ini!! Jenama telefon gaming terkemuka, Razer Phone 2 kini dijual pada harga RM1859 sahaja yang mana ketika ia dirasmikan, ia dijual pada harga RM3449.

Anda boleh membeli peranti ini di kedai atas talian di Shopee atau Lazada.

Peranti berkuasa ini tampil dengan skrin yang baik iaitu mempunyai nirtakuk bersaiz 5.7 inci dengan sokongan 120Hz. Turut dikuasakan oleh cip Snapdragon 845, storan sebesar 64GB dan memori 8GB RAM.

Kamera juga tidak mengecewakan apabila peranti ini dihadirkan dengan sokongan dwi kamera 12MP pada kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan.

Melengkapinya adalah kapasiti bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 4+.

Beli Peranti Razer Phone 2 Di Sini:

__________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here