Proton Iriz R5 Bakal Tersedia Bagi Permainan Simulasi Rali WRC 8!!

297

Anda pasti berbangga apabila mendengar berita ini apabila Proton Iriz R5 bakal disertakan dalam permainan simulasi perlumbaan rali WRC 8.

Bukan hanya kereta Proton Iriz, tetapi juga kereta ‘legend’ yang lain seperti Porse 911 GT3 RS RGT dan Lancia Fulvia HF.

Dalam pengumuman yang dilakukan oleh Bigben ini, pelbagai lagi kereta yang popular yang turut disertakan dengan pada WRC 8 ini. Berikut adalah kereta yang tersenarai:

  • Ford Escort MkII RS1800
  • Lancia 037
  • Lancia Stratos
  • Lancia Delta HF Integrale Evolution
  • Alpine A110
  • VW Polo R WRC

Menariknya, setiap kereta yang disertakan boleh digunakan pada setiap mod perlumbaan.

Bagi pra tempahan, anda akan menerima Lancia 037 dan Porsche 911 GT3 RS RGT dalam game tersebut. Manakala Escort MKII 1800, Lancia Delta HF Integrale Evoluzione dan AlpineA110 pula hadir sebagai DLC hari pertama menerusi pek kereta Lengedary.

Bagi yang berminat, WRC 8 ini akan tersedia bagi PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 5 September. Bagi platform Switch pula, ia bakal hadir sekitar Oktober nanti!

_____________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here