- Iklan -

Apple baru sahaja melancarkan barisan peranti terbaharinya iaitu siri iPhone 11. Yang pastinya peranti ini hadir dengan rekaan yang elegan dan disertakan dengan spesifikasi raksasa dan berkuasa. Namun adakah berbaloi untuk dibeli pada harga yang agak mahal? Jom kita lihat.

Rekaan Yang Menggiurkan

Jika dipandang sahaja sudah boleh buat anda meliur. Rekaan yang sangat eksklusif dan elegan serta berbeza daripada rekaan iPhone terdahulu. Rekaan panel belakang yang tampak eksklusif dengan rekaan elegan tetapi sangat lasak.

Susunan kamera di bahagian belakang juga unik berbanding model terdahulu membuatkan ia kelihatan mahal semahal harganya. Skrinnya dihadirkan dengan Super Retina XR Display yang memberikan tontonan yang lebih menawan.

Spesifikasi Dalaman Yang Giler Power!!!

Sudah nama pun iPhone, pastinya memberikan spesifikasi yang terbaik bagi perantinya. Dikuasakan oleh cip A13 membuatkan ia seperti peranti raksasa yang sangat berkuasa. Di padankan dengan RAM sebesar 6GB melancarkan lagi penggunaannya dan tiada lag pada peranti ini. Melengkapinya adalah pilihan storan yang sangat besar iaitu 128GB, 256GB dan 512GB.

Kamera Yang Menakjubkan!!

Seperti kebiasaannya, kamera daripada peranti iPhone tidak pernah mengecewakan apabila ia tampil dengan sistem 3 kamera di bahagian belakang iaitu 12MP + 12MP + 12MP. Kamera hadapan juga tidak mengecewakan apabila ia turut disertakan dengan 12MP. Ia nyata memberikan hasil gambar yagn terbaik kepada penggunanya.

Ia juga boleh melaksanakan rakaman 4K pada 60fps yang nyata memberikan kestabilan yang diluar jangkaan anda.

Bateri Yang Lebih Besar

Ia merupakan penambahbaikan dari aspek baterinya apabila ia tampil dengan kapasiti lebih besar berbanding iPhone XS Max yang mana ia mampu bertahan 5 jam lebih lama. I juga dihadirkan dengan pengecasan pantas 18W yang memberikan waktu pengecasan yang sangat pantas.

Fungsi Menarik

iPhone 11 Pro Max tampil dengan beberapa ciri baharu yang sangat menarik seperti hadir dengan Dolby Atmos, Night Mode, teknologi Deep Fusion. Bagi mengantikan 3D Touch, Apple telah menyertakan dengan Haptic Touch yang sangat menarik!!

Kesimpulannya, kalau anda mempunyai duit lebih dan tidak membebankan, tak salah kalau anda ingin membeli peranti ini. Tapi jangan pula anda terpaksa nak berhutang disebabkan mahu tampak bergaya!!

Harga iPhone 11 Pro & 11 Pro Max:

iPhone 11 Pro:

  • 64GB : RM 4,899
  • 256GB : RM 5,599
  • 512GB : RM 6,499

iPhone 11 Pro Max:

  • 64GB : RM 5,299
  • 25GGB : RM 5,999
  • 512GB : RM 6,899

Beli Peranti iPhone Di Sini:

_____________________________________

Artikel Berkaitan: 

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here