Kini Diperkenal, Apa Ada Dengan Android 10?

573

Selamat datang Android 10! Selepas lebih setahun, Google akhirnya bersedia memperkenalkan Android 10 kepada semua!

 

Muncul dengan nama yang lebih matang, Android 10 dibina dengan tiga tema penting termasuk – 1) pembentukan keunggulan inovasi mudah alih dengan pembelajaran lebih canggih, 2) Lebih tertumpu pada privasi dan keselamatan dan 3) Memperluaskan kawalan digital pengguna agar keseimbangan teknologi lebih baik.

 

 

BERIKUT ADALAH ANTARA BEBERAPA CIRI MENARIK PADA ANDROID 10:

  • Smart Reply

Android 10 menggunakan ML (Machine Learning) pada peranti – mencadangkan tindakan konstektual dalam pemberitahuan contohnya balasan pintar untuk mesej / membuka peta. Melalui ML, aplikasi boleh memanfaatkan ciri ini dengan serta merta.

 

  • Dark Theme

Android 10 menambah tema gelap dengan pengcahayaan yang rendah, sekaligus membantu menjimatkan bateri – boleh diaktifkan menerusi tetapan. Pengguna boleh membina tema gelap tersesuai untuk aplikasi atau sistem membuat satu dinamik daripada tema semasa.

 

  • Gesture Navigation

Navigasi berasaskan isyarat – Android 10 membawa sistem navigasi isyarat baru termasuk swipe dan tarik. Pengguna kini perlu swipe ke atas untuk home, swipe & hold untuk menu dan swipe dari kiri atau kanan untuk kembali.

 

  • Live Caption

Salah satu ciri yang menarik! Menerusi Live Caption – video rakaman, podcast atau mesej audio akan mendapat kapsyen apabila diaktifkan. Lebih menarik, ciri ini tidak memerlukan Wi-Fi atau data.

 

  • Privacy Features

Privasi merupakan tumpuan utama dalam Android 10 – membina beberapa ciri baru dengan perubahan yang besar untuk melindungi privasi serta memberi pengguna kawalan bersama sistem UI yang lebih baik.

Mana-mana aplikasi yang meminta lokasi ini memaparkan rekaan pop-up baru yang akan meminta pengguna pilihan – sama ada mahu memberikan akses lokasi sepanjang masa atau ketika aplikasi digunakan sahaja.

 

  • Foldables

Sokongan tingkap berbilang yang mantap. Android 10 menyajikan sokongan multitasking untuk tetingkap aplikasi dan kesinambungan skrin bagi mengoptimumkan aplikasi.

 

  • Jaringan 5G

Android 10 menambah sokongan platform untuk 5G – menjanjikan kelajuan lebih baik secara konsisten.

LEBIH LANJUT? LAYARI ANDROID

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here