Mungkin ramai di antara anda yang rasa geram melihat harga rasmi iPhone 11 Pro max yang dilihat jauh lebih murah berbanding iPhone XS Max ketika ia dilancarkan dahulu. Namun tahukah anda, sebenarnya berbaloi untuk anda terus kekal menggunakan iPhone XS Max. jom kita lihat!!!

Rekaan Tidak Ditelan Zaman

Rekaan pada iPhone XS Max ini tidak ditelan zaman. Apabila mempamerkan rekaan yang eksklusif dan tampak mewah. Panel kaca di bahagian belakang peranti ini dilihat selesa untuk dipegang. Dihadirkan dengan 3 warna iaitu Gold, Space Grey dan Silver. Susunan kamera XS Max tampak lebih natural berbanding iPhone 11 Pro Max. Jadi masih berbaloi untuk memakai iPhone XS Max!!!

Spesifikasi Masih Power Gilerr!!!

Seperti yang diketahui, iPhone XS Max ini tampil dengan pemproses A12 Bionic yang memaparkan prestasi yang menakjubkan. Dipadankan dengan RAM sebesar 4GB membuatkan penggunaannya tampak lebih lancar. Ia masih mampu menjalankan operasi tanpa ada sebarang lag. Prestasinya tidak jauh berbeza dengan A13 yang digunakan pada iPhone 11 Pro. Jadi buat apa berhabis duit kan?

Memori Yang Lebih Kurang Sama

Seperti yang diketahui iPhone 11 Pro hadir dengan pilihan storan 128GB, 256GB dan 512GB. Namun sedar atau tidak bahawa iPhone XS Max juga mempunyai spesifikasi storan yang lebih kurang sama iaitu 64GB, 256GB dan 512GB. Jadi buat apa berhabis duit sedangkan storannya juga lebih kurang sama.

Kamera Yang Masih Awesome

Tidak dapat dinafikan kamera pada iPhone XS Max ini sangat baik. Kamera utama pada peranti ini sama sahaja dengan iPhone 11 pro yang mana ia dihadirkan dengan 12MP. yang membezakan ialah ia dihadirkan dengan 3 kamera pada iPhone 11 Pro manakala iPhone XS Max pula hanya dwi kamera. Tapi hasil rakamannya masih menakjubkan!

Elakkan Pembaziran

Bagi yang sedang menggunakan iPhone XS Max, anda tidak perlu berhabis duit untuk membeli iPhone 11 Pro Max yang baharu yang mana harganya bermula dari RM5299. Agak mahal bagi sesetengah orang. Jadi gunakan duit simpanan anda untuk tujuan lain. Namun jika ada mempunyai wang yang lebih dan mahu menaik taraf iPhone anda, itu tidak ada masalah!!

Harga iPhone 11 Pro & 11 Pro Max:

iPhone 11 Pro:

  • 64GB : RM 4,899
  • 256GB : RM 5,599
  • 512GB : RM 6,499

iPhone 11 Pro Max:

  • 64GB : RM 5,299
  • 25GGB : RM 5,999
  • 512GB : RM 6,899

Beli Peranti iPhone Di Sini:

 

________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here